UPM Institutional Repository

Islam dan wacana pascamodenisme.


Citation

Abd Rani, Mohd Zariat (2006) Islam dan wacana pascamodenisme. Journal of International Studies, 2. pp. 99-114. ISSN 1823-691X

Abstract

Dunia intelektual Barat hari ini dikatakan cenderung terhadap corak pemikiran "pascamodenisme". Dapat dikatakan bahawa kecenderungan tersebut kemudiannya turut menjangkau ke dunia Timur. Dalam kalangan masyarakat Islam, kehadiran corak pemikiran "pascamodenisme" rata-rata disambut dengan reaksi yang berbelah-bahagi. Di satu pihak, kehadiran corak pemikiran tersebut disenangi dan disambut baik oleh asyarakat Islam. Di pihak yang lain, kehadiranya tetap dicurigai serta dipertikaikan dengan beberapa alasan. Sesungguhnya, reaksi ini mengundang terhadap perlunya perbincangan yang mengupas soal prinsip pemikiran "pascamodenisme", dan menilai kerelevanannya dalam kehidupan masyarakat [slam. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan membincangkan tentang corak pemikiran "pascamodenisme" dengan memberi tumpuan terhadap aspek "penolakan terhadap metanaratif' yang menjadi antara prinsip penting pemikiran tersebut. Untuk itu, makalah ini mcmilih untuk membincangkan wacana seksualiti yang diutarakan oleh Michel Foucault dalam bukunya bertajuk The History of Sexuality: Introduction Volume 1 (1978). Dengan meneliti tulisan tersebut, perbincangan ini mengesan idea Foucault yang cenderung mempertikaikan beberapa prinsip penting dalam fahaman dan am alan seksualiti Barat seperti perakuan terhadap hanya orientasi seks heteroseksual, serta peminggiran orientasi-orientasi seks selain hetero seksual. Kecenderungan ini menyerlahkan prinsip corak pemikiran "pascamodenisme" yang menolak apa yang selama ini dianggap sebagai satu "metanaratif". Dalam konteks kerangka Tauhid, kecenderungan ini menyerlahkan pertentangan corak pemikiran "pascamodenisme" dengan Islam, dan justeru kerelevanannya dengan kehidupan masyarakat Islam hari ini masih bolch dipersoalkan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Islam dan wacana pascamodenisme.pdf

Download (85kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jis.uum.edu.my/

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Utara Malaysia
Keywords: Islam; Modernism; Postmodernism; Sexuality.
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 12 Feb 2014 00:41
Last Modified: 09 Dec 2015 03:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15313
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item