Citation
Dahalan, Dzuhailmi and Ahmad, Nobaya and Abdullah, Nor Azliza Wanis and Hassan, Salleh and Othman, Jamilah and Muda, Mariah
(2009)
Implikasi keterlibatan audiens belia dengan kempen perpaduan di televisyen: perbandingan belia melayu dan bukan melayu.
Malaysian Journal of Youth Studies, 1.
ISSN 2180-1649
Abstract
Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia sering disajikan dengan kempen-kempen perpaduan di saluran televisyen dalam negara. Ini adalah kerana televisyen dikatakan antara saluran media yang sangat berpengaruh dalam menyampaikan maklumat. Namun sejauh manakah saluran ini berkesan dalam penyampaian maklumat kempen perpaduan? Kertas ini membincangkan sejauh mana implikasi keterlibatan audiens belia di tahap pemikiran, pengetahuan dan tingkah laku setelah menonton kempen perpaduan di televisyen Malaysia dengan melihat perbandingan di antara kumpulan belia Melayu dengan belia bukan Melayu.Implikasi keterlibatan audiens belia ditakrifkan sebagai situasi di mana belia memahami dan melibatkan diri dengan kempen-kempen perpaduan yang disiarkan menerusi televisyen Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 513 orang belia di sekitar Lembah Klang dan berumur antara 15 hingga 25 tahun telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan di antara implikasi keterlibatan audiens belia di tahap pemikiran dan perasaan sahaja dengan kempen-kempen perpaduan di televisyen Malaysia di antara kumpulan belia Melayu dengan kumpulan belia bukan Melayu. Kajian juga menunjukkan bahawa televisyen masih lagi berperanan sebagai medium komunikasi bagi menyemai semangat perpaduan antara kaum khususnya golongan belia namun strategi penyampaian mungkin boleh diperkemas lagi dari masa ke semasa.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Implikasi keterlibatan audiens belia dengan kempen perpaduan di televisyen.pdf
Download (85kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Item Type: |
Article
|
Subject: |
Youth - Malaysia |
Subject: |
Broadcasting - Social aspects - Malaysia |
Subject: |
Mass media - Malaysia - Psychological aspects |
Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
Publisher: |
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia |
Keywords: |
Keterlibatan audiens belia; Media penyiaran; Kempen Perpaduan |
Depositing User: |
Ms. Nida Hidayati Ghazali
|
Date Deposited: |
23 Feb 2012 01:16 |
Last Modified: |
11 Nov 2015 07:37 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15126 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |