Citation
Paim, Laily and Osman, Syuhaily and Haron, Sharifah Azizah
(2017)
Pembentukan indeks pendayaupayaan pengguna Malaysia.
Malaysian Journal of Consumer and Family Economics, 20 (spec.2).
pp. 81-105.
ISSN 1511-2802
Abstract
Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan pengguna Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berpandangan bahawa satu indeks perlu dibangunkan sebagai penanda aras tahap pendayaupayaan pengguna. Indeks ini bukan sahaja dapat digunakan untuk menentukan trend dan tahap pendayaupayaan pengguna, bahkan dapat mengenal pasti kumpulan sasar dan komponen serta indikator pendayaupayaan yang perlu diberikan perhatian atau ditingkatkan. Justeru, Indeks Pendayaupayaan Pengguna Malaysia (IPPM) diperlukan dalam penggubalan polisi yang berteraskan bukti dan dalam pelaksanaan program ke arah meningkatkan kesejahteraan pengguna di pasaran dengan lebih berkesan. IPPM wajar dijadikan kayu ukur untuk memantau pelbagai kesan pembangunan, perkembangan teknologi dan sebagainya ke atas rakyat negara ini. Oleh itu, artikel ini membincangkan tentang proses pembentukan IPPM yang melibatkan beberapa peringkat pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitaif. Peringkat yang dilalui melibatkan analisis meta, perbincangan kumpulan berfokus dan teknik kumpulan nominal, kajian pra, kajian rintis, dan kajian pasca. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan analisis faktor bagi mengekstrak domain dan indikator, serta diuji kebolehpercayaan dengan menggunakan pekali Cronbach alpha.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Article
|
Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
Publisher: |
Malaysian Consumer and Family Economics Association |
Notes: |
A special edition devoted to Economy, Poverty and Sustainability and Consumer Issues |
Keywords: |
Index; Validity; Reliability; Domains and indicators; Consumer empowerment |
Depositing User: |
Nabilah Mustapa
|
Date Deposited: |
04 Sep 2018 07:57 |
Last Modified: |
04 Sep 2018 07:57 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/14012 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |