Citation
Noor Muhammad, Salmah Jan
(2015)
Warkah sebagai medium diplomatik Kesultanan Melayu dalam menjalinkan hubungan dengan kuasa Barat.
Jurnal Melayu, 14 (1).
pp. 136-148.
ISSN 1675-7513
Abstract
Pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu, warkah dijadikan sebagai medium penting oleh golongan sultan untuk melangsungkan atau mengukuhkan sesebuah hubungan diplomatik. Antara warkah yang telah dikirimkan oleh sultan Melayu kepada penguasa Barat adalah seperti Stamford Raffles, Francis Light dan Lord Minto. Lazimnya, kekuatan sepucuk warkah terletak kepada isi kandungan dan motif penyampaiannya. Oleh itu, perbincangan tulisan ini akan berfokuskan kepada elemen diplomatik yang terdapat dalam warkah yang telah mengangkat warkah sebagai salah satu medium penjalin hubungan dengan pihak penguasa Barat. Hasil dapatan menunjukkan bahawa elemen diplomatik yang dikenal pasti dalam warkah Melayu ialah; adanya kata-kata pengiktirafan, kesantunan berbahasa, dan juga iringan bingkisan hadiah. Sehubungan itu, perbincangan ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan Teori Diplomasi Islam yang diperkenalkan oleh Wang Yong Bao (Ahmed Musa) untuk menganalisis topik kajian.
Download File
Preview |
|
Text (Abstrak)
Warkah sebagai medium diplomatik Kesultanan Melayu dalam menjalinkan hubungan dengan kuasa Barat.pdf
Download (35kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |