UPM Institutional Repository

Kiasan dalam retorik penulisan kewartawanan : memartabatkan bangsa dan tamadun Melayu


Citation

Yaakob, Nor Azuwan and Mohd Kiram, Norazlina (2010) Kiasan dalam retorik penulisan kewartawanan : memartabatkan bangsa dan tamadun Melayu. Jurnal Linguistik, 11. pp. 1-12. ISSN 1823-9242

Abstract

Secara khususnya, kertas kerja ini cuba meneliti peranan kiasan Melayu dalam retorik penulisan kewartawanan dan sumbangannya dalam memartabatkan bangsa dan tamadun Melayu. Kiasan Melayu berkait rapat dengan world-view masyarakat yang dihasilkan dalam bentuk daya cipta seni yang luar biasa, membentuk pemikiran, sistem nilai, kepercayaan, falsafah dan ketamadunan bangsa. Penggunaannya dalam dunia penulisan kewartawanan berupaya mengungkapkan kesantunan, ketertiban dan keteraturan fikiran di samping berjaya mengangkat martabat bangsa dan tamadun Melayu. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan kepada Teks Ucapan Belanjawan Negara 1998. Seterusnya, pengklasifikasian bentuk-bentuk kiasan Melayu adalah berdasarkan kajian Safian Hussain (1988). Hasil kajian menunjukkan bahawa kiasan Melayu merupakan gaya bahasa yang positif, kreatif dan halus.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Kiasan dalam retorik penulisan kewartawanan memartabatkan bangsa dan tamadun Melayu.pdf

Download (34kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=1110

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Malay idioms; Rhetoric of journalistic writing
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Jul 2018 09:15
Last Modified: 06 Jul 2018 09:15
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13646
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item