UPM Institutional Repository

Unsur konflik dalam novel Nenek karya Razali Endun


Citation

Md Zain, Rosnani and Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah (2018) Unsur konflik dalam novel Nenek karya Razali Endun. Malay Literature, 31 (1). pp. 124-142. ISSN 0128-1186

Abstract

Makalah ini membicarakan konflik yang terdapat dalam novel Nenek. Novel ini memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2014. Kemenangan novel Nenek mencetuskan kontroversi kerana ada pihak yang tidak bersetuju novel tersebut diangkat sebagai pemenang. Objektif kajian ini adalah untuk mengklasifikasi dan menganalisis unsur konflik yang terdapat dalam novel Nenek dari perspektif humanistik Abraham Maslow. Novel ini memaparkan kisah manusia yang sering bertelagah dan berada dalam situasi dilema dan tidak dapat membuat keputusan yang tepat bagi menyelesaikan masalah. Mereka berhadapan dengan konflik untuk meleraikan masalah yang membelenggu hidup mereka. Konflik yang berlaku kepada watak-watak akhirnya dapat ditangani oleh mereka dengan bijak. Daripada penelitian, novel Nenek menyentuh beberapa aspek konflik seperti konflik individu, politik, ekonomi dan keluarga. Kajian mendapati Razali Endun berjaya memberikan gambaran tentang masyarakat kontemporari berdasarkan paparan konflik semasa dalam novelnya.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Unsur konflik dalam novel Nenek karya Razali Endun.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://malayliterature.dbp.my/wordpress/?p=2344

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Keywords: Nenek; Hadiah Sastera Perdana 2014; Conflict; Maslow humanistic
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Jul 2018 09:13
Last Modified: 06 Jul 2018 09:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13620
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item