UPM Institutional Repository

Ciri-ciri perbualan bahasa Jepun oleh penutur Malaysia berbangsa Cina dalam industri pelancongan negara


Citation

Mamat, Roslina (2010) Ciri-ciri perbualan bahasa Jepun oleh penutur Malaysia berbangsa Cina dalam industri pelancongan negara. Jurnal Linguistik, 11. pp. 1-12. ISSN 1823-9242

Abstract

Dalam industri pelancongan negara, pemandu pelancong kebanyakannya terdiri daripada bangsa Cina. Walaupun makalah ini tidak menyediakan statistik pemandu pelancong mengikut kaum di Malaysia tetapi kajian oleh Roslina, Yamato dan Normaliza (2007) sebelum ini menunjukkan daripada 50 orang pemandu pelancong yang dipilih secara rawak 44 orang adalah berbangsa Cina dan daripada 44 orang tersebut, 40 orang adalah wanita. Walau bagaimanapun, definisi 'pemandu pelancong' dalam kajian ini adalah 'orang yang terlibat berinteraksi dengan pelancong semasa pelancong dibawa melawat ke sesuatu tempat', dan mereka yang dimaksudkan adalah 4 orang staf sebuah pusat kraf tangan negara yang terkenal pada peringkat antarabangsa dan sering menerima kunjungan pelancong luar negara. Makalah ini akan membincangkan ciri-ciri penutur Malaysia berbangsa Cina semasa mereka bertutur dalam bahasa Jepun. Pendekatan yang digunakan adalah melalui kaedah analisis perbualan, iaitu data dirakam dan ditranskripsi. Selepas itu data berkenaan akan diperhatikan untuk melihat struktur luaran dan ciri-ciri perbualan.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Ciri-ciri perbualan bahasa Jepun oleh penutur Malaysia berbangsa Cina dalam industri pelancongan negara.pdf

Download (34kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=1110

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Japanese conversation; Chinese Malaysian speakers; Malaysian tourism industry
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Jul 2018 09:13
Last Modified: 06 Jul 2018 09:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13596
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item