UPM Institutional Repository

Penanda santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu


Citation

Tahir, Rabahyah and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2017) Penanda santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu. Jurnal Bahasa, 17 (1). pp. 193-209. ISSN 1511-9084; ESSN: 2462-1889

Abstract

Makalah ini mengenal pasti dan menganalisis penggunaan penanda santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini menggunakan kaedah persampelan. Sebanyak 20 orang kanak-kanak Melayu berumur enam tahun dipilih daripada empat buah tadika atau prasekolah. Data diperoleh melalui rakaman perbualan kanak-kanak Melayu tersebut semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran formal di dalam kelas dan seterusnya dianalisis menggunakan prinsip kesopanan Leech (1983). Dapatan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak Melayu di tadika atau prasekolah telah menggunakan beberapa penanda santun dalam perbualan mereka dengan rakan dan penyelidik. Penanda santun yang paling kerap digunakan ialah kata ‘boleh’, diikuti dengan kata ‘tolong’ dan ‘terima kasih’. Sehubungan itu, kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan maksim santun adalah paling dominan dalam perbualan kanak-kanak Melayu.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penanda santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu.pdf

Download (47kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/?p=3938

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Keywords: Politeness in conversation; Politeness markers; Children; Leech's politeness principles
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 11 Jun 2018 08:33
Last Modified: 11 Jun 2018 08:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13477
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item