Citation
Raja Ariffin, Raja Masittah
(2001)
Bahasa Melayu dalam warkah Melayu terpilih.
Jurnal Bahasa, 1 (2).
pp. 213-284.
ISSN 1511-9084
Abstract
Kajian ini menganalisis aspek-aspek linguistik yang terdapat dalam warkah Melayu terpilih (WMT) yang terdiri daripada lapan pucuk warkah yang ditemui dalam abad ke-16 hingga abad ke-19. Data diperoleh daripada The Legacy of the Malay Letter (Warisan Warkah Melayu) (1994) yang diusahakan oleh Annabel Teh Gallop dari 'British Library', London. Kajian mikro ini berdasarkan pendekatan diakronik yang melihat ciri-ciri linguistik tentang sistem pengejaan Jawi, morfologi dan perbendaharaan kata. Pada keseluruhannya, hasil kajian telah menunjukkan bahawa: (i) Wujudnya persamaan dan perbezaan dalam sistem pengejaan Jawi, morfologi dan perbendaharaan kata dalam WMT, dan (ii) WMT telah memberi satu gambaran penting tentang penggunaan bahasa Melayu dalam empat zaman.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |