UPM Institutional Repository

Antara Islam dan Hinduisme di alam Melayu : beberapa catatan pengkaji barat.


Citation

Abd Rani, Mohd Zariat (2005) Antara Islam dan Hinduisme di alam Melayu : beberapa catatan pengkaji barat. SARI : Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 23. pp. 67-82. ISSN 0127-2721; ESSN: 2231-9530

Abstract

Makalah ini bertolak daripada pandangan Syed Muhammad Naquib Al-Attas tentang kecenderungan pengkaji barat dalam pengamatan mereka terhadap alam Melayu. Dalam konteks ini, Al-Attas berpendapat bahawa kebanyakan pengkaji barat cenderung untuk memandang mudah peranan Islam, dan sebaliknya menonjolkan kesignifikanan Hinduisme dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Dengan mengambil kira pandangan Al-Attas tersebut,makalah ini berusaha untuk mengamati pandangan yang diutarakan tiga orang pengkaji barat, iaitu N. J. Krom (1950) dalam buku bertajuk De Hindoe-Javaansche Tijd; Bernard H. M. Vlekke (1959) dalam Nusantara: A History of Indonesia dan J. C. Van Leur (1955) dalam Indonesia: Trade and Society.Penelitian terhadap ketiga-tiga tulisan pengkaji barat ini melakarkan kecenderungan mereka terhadap Hinduisme yang dianggap sebagai pengaruh yang dominan di alam Melayu. Kecenderungan tersebut turut menjelaskan bahawa Islam menurut pandangan mereka juga tidak dapat menyaingi kepentingan Hinduisme di alam Melayu.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Antara Islam dan Hinduisme di alam Melayu.pdf

Download (84kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Influence; Culture; Civilization; Malay-Indonesian Archipelago; Malay world.
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 11 Feb 2014 07:18
Last Modified: 09 Dec 2015 03:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13117
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item