Citation
Abd Rani, Mohd Zariat
(2005)
Antara Islam dan Hinduisme di alam Melayu : beberapa catatan pengkaji barat.
SARI : Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 23.
pp. 67-82.
ISSN 0127-2721; ESSN: 2231-9530
Abstract
Makalah ini bertolak daripada pandangan Syed Muhammad Naquib Al-Attas tentang kecenderungan pengkaji barat dalam pengamatan mereka terhadap alam Melayu. Dalam konteks ini, Al-Attas berpendapat bahawa kebanyakan pengkaji barat cenderung untuk memandang mudah peranan Islam, dan
sebaliknya menonjolkan kesignifikanan Hinduisme dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Dengan mengambil kira pandangan Al-Attas tersebut,makalah ini berusaha untuk mengamati pandangan yang diutarakan tiga orang pengkaji barat, iaitu N. J. Krom (1950) dalam buku bertajuk De Hindoe-Javaansche Tijd; Bernard H. M. Vlekke (1959) dalam
Nusantara: A History of Indonesia dan J. C. Van Leur (1955) dalam Indonesia: Trade and Society.Penelitian terhadap ketiga-tiga tulisan pengkaji barat ini melakarkan
kecenderungan mereka terhadap Hinduisme yang dianggap sebagai pengaruh yang dominan di alam Melayu. Kecenderungan tersebut turut menjelaskan bahawa Islam menurut pandangan mereka juga tidak dapat menyaingi kepentingan Hinduisme di alam Melayu.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |