Citation
Ignacy, Richard
(2025)
Keberkesanan modul CeMat dalam meningkatkan kemahiran menulis Bahasa Melayu.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penulisan karangan peringkat SPM kian mencabar apabila kurikulum baharu KSSM
diperkenalkan mulai 2021. Antara masalah murid dalam penulisan adalah tidak
memahami kehendak tugasan, tiada pendedahan kaedah penulisan yang cemerlang,
kurang bahan bacaan dan tiada panduan daripada guru. Selain itu, guru juga sering kali
menggunakan kaedah cakap dan tulis dalam proses PdP di sekolah. Kekangan guru
menyediakan bahan bantu mengajar turut menyebabkan pelaksanaan PdP menjadi
hambar. Hal ini menyebabkan murid tidak mencapai prestasi yang membanggakan
dalam peperiksaan. Sebagai penyelesaian terhadap permasalahan ini, Modul CeMat
yang bertujuan menghasilkan karangan yang cemerlang (Ce) dan matang (Mat)
dibangunkan dengan menghasilkan wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis dan
ungkapan yang menarik. Kajian ini menggunakan reka bentuk DDR atau Design and
Development Research (Richey and Klein, 2007) yang mendekati kepelbagaian metod
atau multimethod. Fasa pertama kajian ini memfokuskan analisis keperluan terhadap
penguasaan murid dalam karangan khususnya dari aspek bahasa dan format karangan.
Kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual dilaksanakan untuk mendapatkan data kajian. Sebanyak 120 sampel karangan dipilih dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah untuk
dianalisis. Hasil analisis karangan sampel menggunakan Teori Corder (1984)
mendapati pelbagai kesalahan bahasa dari aspek morfologi, sintaksis dan ortografi
berlaku di samping masalah asas format dalam karangan murid masih dapat dilihat.
Dalam fasa yang kedua pula, pembangunan modul CeMat dilaksanakan. Bahagian ini
pula memberikan tumpuan terhadap pembinaan item soal selidik Modul CeMat seperti
kriteria, objektif modul, kandungan, kaedah UMIBaKaP, bahan bantu mengajar Fail
QR KFC RIMa2Na PAPK dan LK UMIBaKaP. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Hasil kesepakatan pakar membuktikan semua
item yang diketengahkan telah mencapai syarat yang telah ditetapkan, iaitu nilai
threshold (d) bagi setiap item tidak melebihi 0.2, peratusan kesepakatan pakar juga
mencapai 100%, dan nilai alpha Defuzzification a-cut juga melebihi 0.5. Pada
bahagian terakhir kajian ini iaitu fasa ke-3 yang merupakan fasa penilaian dan
pelaksanaan pula melibatkan 265 sampel daripada lima buah sekolah yang terletak di
bawah PPD Langkawi. Penilaian keberkesanan Modul CeMat ini adalah berdasarkan
kuasi eksperimental yang menggunakan analisis ujian T sampel berpasangan
mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam praujian dan pascaujian dalam
kalangan kumpulan rawatan (t=1.400., nilai-p < 0.05) berbanding dengan kumpulan
kawalan (t=2.65769, nilai-p < 0.05). Hasilnya, murid menunjukkan keyakinan yang
tinggi untuk menulis karangan dengan menggunakan kaedah baharu selain berpotensi
untuk meningkatkan prestasi dalam peperiksaan dalaman dan SPM sekali gus
diharapkan dapat membantu untuk meningkatkan gred purata mata pelajaran Bahasa
Melayu di sekolah, daerah dan negeri dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
| Subject: |
Education |
| Subject: |
Language Studies |
| Subject: |
Curriculum Development |
| Call Number: |
FBMK 2025 4 |
| Chairman Supervisor: |
Professor Vijayaletchumy a/p Subramaniam |
| Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
| Keywords: |
CeMat Model; UMIBaKaP method; QR Fail KFC RIMaNa PAPK; LK
UMIBaKaP; MoPIK model |
| Sustainable Development Goals (SDGs): |
SDG 4: Quality Education, SDG 10: Reduced Inequalities, SDG 17: Partnerships for the Goals |
| Depositing User: |
MS. HADIZAH NORDIN
|
| Date Deposited: |
05 Aug 2026 07:13 |
| Last Modified: |
05 Aug 2026 07:13 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/127667 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |