Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2011)
MTM Kolej Kedua UPM anjur Program Pemantapan Organisasi.
[UPM News]
Abstract
PANGKOR, 2 Ogos – Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Kedua, Univesiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Pemantapan Organisasi : Ke Arah Kepemimpinan Sinergi 2011/2012 di Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor 16 hingga 19 Julai 2011 yang lalu.
Pengarah program, Norafilah Md. Hussin berkata program yang mendapat kerjasama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor dan Kementerian Pelajaran itu bertujuan mendedahkan mahasiswa mengenai tanggungjawab sosial selain mempraktikkan kemahiran insaniah.
“Program ini merangkumi dua aktiviti iaitu SumbangKasih Siswa yang membolehkan pelajar menyelami cara hidup masyarakat perkampungan nelayan. Selain itu kita mengadakan program motivasi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM),” katanya.
Norafilah berkata Sumbang KasihSiswa melibatkan pelajar UPM dengan aktiviti gotong-royong membersihkan surau, menyampaikan sumbangan kepada warga tua, orang kurang upaya, ibu tunggal dan penduduk kurang berkemampuan.
Pelajar UPM turut berpeluang menyertai aktiviti bersama masyarakat termasuk sukan rakyat dan malam persembahan kebudayaan.
Dalam program motivasi, beliau berkata pelajar sekolah didedahkan dengan bahaya masalah sosial termasuk ketagihan merokok, gejala rempit, buang bayi dan penyalahgunaan dadah.
“Motivasi ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga adab dan tatasusila sebagai warga pelapis rakyat Malaysia,” ujarnya.
Sementara itu, Pengetua Kolej Kedua, Rosna Abd. Raman berharap program itu dapat menjadi contoh untuk menerap nilai-nilai murni kepada pelajar.
Beliau turut merakamkan setinggi penghargaan atas kerjasama dan komitmen seluruh masyarakat kampung yang sama-sama menyokong semua aktiviti yang dijalankan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |