UPM Institutional Repository

UPM Bolot 10 Emas ITEX 2011


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM Bolot 10 Emas ITEX 2011. [UPM News]

Abstract

KUALA LUMPUR – Seramai 23 penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membolot 10 pingat emas selain 1 Anugerah Khas, 10 pingat perak dan 2 pingat gangsa di pameran Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2011 pada 20 – 22 Mei 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Prof. Madya Dr. S. Vijayaletcthumy dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah menerima anugerah khas daripada WIPO serta pingat emas melalui produknya Phonic Tutor Software for Visual Dyslexia Students iaitu software yang dapat membantu pelajar dyslexia mempelajari Bahasa Malaysia. Dekan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Prof. Dr. Ali Hasan memenangi dua emas dengan produk Comamonas Putranesis Sp. Nov., A Novel Bacterium iaitu novel bakteria untuk menghasilkan plastik PHA dan Eco-friendly Non-Halogenated Method for Recovery Of Intracellular Polyhydroxyalkanotes (PHA) iaitu cara baru untuk mengekstrak PHA dengan menggunakan larutan alkali berkepekatan rendah serta air berbanding biasa yang menggunakan pelarut organik. Emas yang diraih oleh Prof. Dr.Mahiran Basri ialah produk New Nano-Emulsion Intervention for Pesticide Auxiliary iaitu formulasi dari bahan yang lebih hijau bersaiz nano untuk aplikasi herbicida lebih efektif. Prof.Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff dari Institut Teknologi Maju/Fakulti Kejuruteraan memenangi emas dengan produk Spatial Macro Language V3.0 (SMAL) yang membolehkan komputer menggunakan istilah perhubungan ruang antara objek ("spatial relations"). Dengan terciptanya bahasa macro spatial, pengguna dapat menggunakan pelbagai aplikasi ruang tanpa perlu menulis sebarang kod pengaturcaraan yang rumit. Istilah dalam SMAL amat mudah untuk difahami dan digunakan oleh manusia kerana istilah-istilah penghubung ruang yang digunakan adalah sama dengan bahasa semula jadi manusia. Prof. Madya Dr. Samsilah Roslan dari Fakulti Pengajian Pendidikan memenangi emas dengan produk PUTRA University Major Selection and Career Guidance Software yang dapat membantu para pelajar mengenal pasti kecenderungan personaliti mereka dalam bidang vokasional dan memilih program yang sesuai. Dr. Rajesh Ramasamy dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan memenangi emas Stem Cell Therapy for Neutrophil Mediated Immune Disease iaitu aplikasi mesenchymal stem cells dalam perawatan penyakit yang berpunca daripada aktivasi neutrofil yang berlebihan. Dr. Zeenathul Nazariah Allaudin dari Fakulti Perubatan Veterinar memenangi emas dengan produknya The Use of Poultry Gene for Cancer Treatment dengan menggunakan gen berasaskan ayam untuk membunuh serta menghapuskan pelbagai sel kanser manusia seperti sel kanser hati, sel kanser payu dara, sel kanser servikal serta sel kanser kolon yang mana telah menjalani ujian pra-klinikal. Dr. Siti Aslina Hussain dari Fakulti Kejuruteraan meraih emas dengan produknya Cosmo Ball Model iaitu proses simulasi digunakan bagi melihat pergerakan aliran air dan buih-buih udara di sekitar Cosmo Ball yang tidak teratur kedudukannya. Interaksi di antara aliran air dan sirip Cosmo Ball telah menghasilkan lebih banyak buih-buih udara yang sekata, tiada tanda zon mati atau tersumbat dan dapat meningkatkan tahap penghasilan peratus oksigen di dalam aplikasi pemulihan air sisa. Prof. Madya Dr. Nor Azah Yusof dari Fakulti Sains juga meraih emas dengan produknya Portable Heavy Metal yang dapat mengesan logam berat yang terdapat di dalam air seperti air mineral atau sungai dalam masa yang singkat dan tidak memerlukan tenaga mahir untuk mengendalikannya serta senang digunakan. Antara 14 negara yang terlibat dalam pameran ITEX ialah Korea Selatan, Kanada, Poland, Rusia, Iran, Taiwan dan Arab Saudi.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Bolot_10_Emas_ITEX_2011.pdf

Download (77kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 03 Jun 2011 08:26
Last Modified: 27 May 2013 07:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12570
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item