UPM Institutional Repository

Makmal Pembelajaran dan Penyelidikan Matematik: Konsep dan Reka Bentuk


Citation

Wan Ali, Wan Zah and Nawawi, Mokhtar and Ahmad Tarmizi, Rohani and Konting, Mohd Majid (2008) Makmal Pembelajaran dan Penyelidikan Matematik: Konsep dan Reka Bentuk. Math Digest : Research Bulletin Institute for Mathematical Research, 1 (2). pp. 43-54. ISSN 1985-2436 (Submitted)

Abstract

Secara umum makmal matematik ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan akademik kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan dalam kursus-kursus matematik yang diikuti. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti menyediakan tutorial, bahan rujukan tambahan dan mengakses laman web yang bersesuaian. Bagaimanapun, fungsi makmal matematik seperti ini agak terhad kerana ia tidak membuka ruang bagi aktiviti penyelidikan dijalankan sedangkan penyelidikan sangat penting dalam menyediakan maklumat saintifik yang diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, satu kajian telah dilakukan bagi mengenal pasti konsep dan reka bentuk yang sesuai bagi sebuah makmal matematik yang menyediakan kemudahan pembelajaran dan penyelidikan. Aktiviti penyelidikan merangkumi lawatan, perbincangan, pemerhatian dan temu bual dengan pensyarab di bidang matematik dan pendidikan matematik dari dalam dan luar negara. Data-data yang terdiri daripada transkrip temubual, catatan lapangan, gambar foto dan rakaman video telah dianalisis dan dapatannya dipaparkan dan dibincangkan dalam kertas kerja ini.


Download File

[img]
Preview
PDF
artikel_9_vol1_no2.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Institute for Mathematical Research
Publisher: Institute for Mathematical Research
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 24 May 2011 08:28
Last Modified: 27 May 2013 07:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12458
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item