Citation
Tay, Chin Hong and Mohamad Zain, Shaharir
(2008)
Pemilihan Terbaik Portfolio di Pasaran Saham Malaysia Menerusi Model Markowitz.
Math Digest : Research Bulletin Institute for Mathematical Research, 1 (2).
pp. 6-14.
ISSN 1985-2436
Abstract
Pemilihan portfolio amat penting bagi seseorang
pelabur dan ada pelbagai eara penentuan
portfolio yang terhaik. Dalam kajian ini,
pemilihan portfolio menerusi model Markowitz
dalam bentuk pengaturearaan kuadratik
dilakukan. Data-data untuk kajian ini berasaskan
pada prestasi harian dua tahun (2001 dan 2002)
bagi 40 saham daripada Pusat Maklumat Awarn,
Bursa Saham Kuala Lumpur. Kajian ini
menunjukkan hanya 8 saham daripada 40 saham
pilihan itu yang patut dilaburkan bagi mendapat
pulangan yang diingini sekurang-kurangnya
5.25% dengan risiko yang minimum. Kajian ini
juga menunjukkan apabila jangkaan pulangan
yang diingini meningkat, maka risiko
minimurnnya turut meningkat dan keadaan ini
berlaku dengan kadar yang pantas selepas nilai
jangkaan pulangan yang diingini lebih besar
daripada satu aras yang melebihi 50%. Bilangan
saham yang patut dilabur bagi memperolehi
pulangan yang diingini menurun dengan kadar
yang mantap apabila jangkaan pulangan yang
diingini meningkat daripada 10% kepada 45%
tetapi tidak berubah bagi nilai pulangan yang
diingini sekurang-kurangnya satu aras yang
melebihi 45%. Untuk nilai pulangan yang
dingini lebih daripada suatu aras yang kurang
daripada 10%, bilangan saham yaug patut dilabur
meningkat apabila peratusan pulangan yang
diingini itu meningkat. Yang amat menariknya
ialah keputusan yang menunjukkan bahawa
setinggi-tingginya hanya 2 saham (Dutch Lady
dan Nestle) sahaja yang patut dilaburkan bagi
memperoleh pulangan yang diingini lebih besar
daripada satu aras yang lebih tinggi daripada
50% dengan risiko yang minimum dan 9 adalah
bilangan maksimum portfolio yang mungkin
mewakili pelaburan yang paling selamat dan paling pelbagai bagi mencapai aras pulangan
yang lebih besar daripada sekitar 10% pulangan
dengan risiko yang terendah. Hasil ini
keseluruhannya membawa kepada hipotesis
bahawa dalam pilihan portfolio ada aras
pulangan yang bilangan pelaburannya paling
banyak atau sedikit kepelbagaiannya tetapi tetap
dengan risiko yang minimum.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |