Citation
Roslan, Nur Maisarah
(2023)
Retorik penulisan novel sayembara dalam penerapan nilai murni masyarakat Melayu.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Retorik dalam penulisan merupakan elemen penting yang digunakan oleh pengarang
untuk menghidupkan karya dan mempengaruhi pemikiran pembaca. Nilai murni dapat
dihuraikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Kajian ini merupakan kajian deskriptif
yang menggunakan retorik moden dan nilai murni sebagai asas kajian. Oleh itu, objektif
kajian ini adalah untuk mengenal pasti retorik penulisan novel sayembara dalam
penerapan nilai murni masyarakat Melayu, menganalisis retorik penulisan novel
sayembara dalam penerapan nilai murni masyarakat Melayu, dan merumuskan retorik
penulisan novel sayembara dalam penerapan nilai murni masyarakat Melayu. Kajian ini
merupakan kajian reka bentuk kualitatif, iaitu menggunakan kaedah analisis teks dalam
penulisan novel sayembara dan mengaitkannya dengan Teori Retorik Moden (Enos &
Brown, 1993) dan aspek nilai murni oleh Falsafah Pendidikan Negara (1987). Kajian ini
dihuraikan kepada beberapa bahagian, iaitu instrumen atau bahan dan disertai dengan
sinopsis tiga buah novel hasil penulisan pemenang sayembara novel sejarah remaja pada
tahun 2019, iaitu Demi Tanah Qalha, Aku Lelaki Bernama Rosli dan Cinta Bangsawan.
Setiap novel akan melalui sistem pengekodan dan dianalisis menggunakan perisian
ATLAS.ti untuk mengenal pasti retorik penulisan novel sayembara dalam penerapan
nilai murni masyarakat Melayu. Hasil kajian ini telah merumuskan bahawa penggunaan
retorik dan nilai murni seharusnya saling berkait rapat dalam penulisan novel sayembara.
Keputusan kajian juga mendapati bahawa retorik yang dominan dalam kesemuas novel
mempunyai perbezaan secara keseluruhannya, iaitu, R2 (retorik pendedahan) sebanyak
113 di N1, R2 (retorik pendedahan) sekali lagi sebanyak 94 di N2 dan R4 (retorik
penerangan) sebanyak 60 di N1. Manakala, nilai murni yang dominan dalam kesemua
novel juga mempunyai perbezaan secara keseluruhannya, iaitu, NM16 (nilai murni
semangat bermasyarakat) sebanyak 252 di N1, NM13 (nilai murni kesedaran) sebanyak
194 di N2, NM6 (nilai murni keadilan) sebanyak 135 di N2, NM13 (nilai murni
kesedaran) sekali lagi sebanyak 132 di N1 dan NM8 (nilai murni keberanian) sebanyak
100 di N2. Hasil kajian juga mendapati persamaan di antara retorik dan nilai murni yang
sedia ada. Kajian merumuskan gabungan persamaan tersebut adalah berdasarkan hasil
kajian yang diperoleh. Berdasarkan analisis kajian, dapat dijelaskan bahawa model
retorik penulisan novel sayembara dalam penerapan nilai murni terdiri daripada lima (5)
retorik dan sepuluh (10) nilai murni sahaja. Kajian akan datang boleh memfokuskan
kepada retorik penulisan dalam penerapan nilai murni bagi novel kanak-kanak, novel
sejarah, novel patriotisme dan pelbagai lagi.
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
| Subject: |
Malay fiction - History and criticism |
| Subject: |
Rhetoric in literature |
| Subject: |
Malay literature - Competitions |
| Call Number: |
FBMK 2023 18 |
| Chairman Supervisor: |
Profesor Vijayaletchumy a/p Subramaniam, PhD |
| Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
| Keywords: |
Integration; Novel writing; Pure values; Rhetoric; Sayembara novel. |
| Depositing User: |
Ms. Rohana Alias
|
| Date Deposited: |
07 Apr 2026 01:33 |
| Last Modified: |
07 Apr 2026 01:33 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/124047 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |