UPM Institutional Repository

Penggolongan kata nama berasaskan inovasi KaNAK


Citation

Nagasundram, Usha (2024) Penggolongan kata nama berasaskan inovasi KaNAK. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penguasaan huruf dalam kata nama am dan kata nama khas dalam kalangan murid bukan penutur jati bahasa Melayu. Pencapaian prestasi murid yang kurang stabil dalam penulisan bahasa Melayu dan kekurangan kajian terhadap penggunaan huruf dalam kata nama am dan kata nama khas memberi lompang kepada pengkaji menjalankan kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan huruf dalam KNA dan KNK serta menganalisis kesalahan huruf yang dilakukan oleh murid SJKT. Berdasarkan dapatan kajian objektif satu, pengkaji membangunkan sebuah modul dan kit inovasi sebagai bahan sokongan berasaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran abab ke-21 dalam membantu penguasaan huruf dalam KNA dan KNK serta akhir sekali menguji keberkesanan modul dalam kalangan murid dengan mengambil kira persepsi guru terhadap modul dan kit inovasi yang dihasilkan. Pelaksanaan ketiga-tiga objektif ini dengan mengaplikasikan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein (2007) yang merangka proses pembangunan kepada tiga fasa yang tersusun bertepatan dengan objektif yang ditetapkan dalam kajian ini. Sampel dalam kajian ini melibatkan 302 orang murid darjah 5 dari dua buah sekolah SJKT di negeri Selangor. Teori Analisis Kesalahan Corder (1981) digunakan untuk menganalisis kesalahan huruf yang dilakukan oleh murid dalam KNA dan KNK. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesalahan huruf dalam KNK mencapai sebanyak 1174 kesalahan dan para guru berpendapat bahawa pengaruh bahasa ibunda dan penguasaan kosa kata yang lemah menjadi punca utama kepada permasalahan ini. Seterusnya Teori Elborasi Instruksional oleh Reigeluth dan Stein (1983) digunakan dalam proses pembangunan modul dengan menerapkan 7 komponen strategi yang ditekankan dalam teori ini. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan pengesahan kesepakatan pakar melalui kaedah Fuzzy Delphi. Keberkesanan modul diuji mengunakan kuasi eksperimen dalam kalangan murid darjah 5. Data dilaporkan dalam peratusan kekerapan dan Ujian-t digunakan untuk membandingkan skor ujian pra-pasca. Persepsi 50 orang guru terhadap modul dan kit inovasi mencatatkan pencapaian tahap positif dalam kebolehgunaan yang tinggi dalam PdPc. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembangunan modul dan kit inovasi berupaya memberikan impak yang berkesan dalam pembelajaran bahasa Melayu dan penguasaan kata nama am dan kata nama khas dengan pengaplikasian huruf yang tepat.


Download File

[img] Text
123867.pdf

Download (1MB)
Official URL or Download Paper: https://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18730

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Grammar
Subject: Malay language - Nouns
Subject: Error analysis (Linguistics)
Call Number: FBMK 2024 34
Chairman Supervisor: Profesor Vijayaletchumy Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Common noun; Letters; Malay language; Module; Proper nouns; SJKT students
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 07 Apr 2026 01:48
Last Modified: 07 Apr 2026 01:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/123867
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item