UPM Institutional Repository

Representasi identiti dalam teks perutusan khas perintah kawalan pergerakan (PKP) tentang pembendungan penularan wabak COVID-19


Citation

Abd Hamid, Muhammad Faizul and Che Rodi, Rozita and Daud, Muhammad Zaid (2025) Representasi identiti dalam teks perutusan khas perintah kawalan pergerakan (PKP) tentang pembendungan penularan wabak COVID-19. Jurnal Bahasa, 25 (1). pp. 129-158. ISSN 1511-9084; eISSN: 2462-1889

Abstract

Ucapan yang disampaikan oleh pemimpin politik menggambarkan identiti. Identiti ini dapat ditunjukkan menerusi penggunaan kata ganti nama diri (KGND) pertama. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis KGND yang digunakan oleh pewacana dalam teks perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menghuraikan identiti yang dibina oleh pewacana dengan rakyatnya menerusi KGND dalam teks perutusan khas berkenaan. Sebanyak sembilan teks ucapan dimuat turun daripada laman sesawang rasmi Pejabat Perdana Menteri – https://www.pmo.gov.my/speech/ (dari bulan Mac 2020 hingga Februari 2021). Pendekatan kualitatif dan kuantitatif diterapkan dengan teori analisis wacana kritis oleh Fairclough (2013). Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat tiga jenis KGND yang digunakan, iaitu KGND “kita”, “saya” dan “kerajaan”. KGND “kita” mencatatkan kekerapan penggunaan yang paling tinggi, iaitu sebanyak 284 kali (51.08%). KGND “saya” pula merekodkan penggunaan sebanyak 189 kali (33.99%), manakala KGND “kerajaan” digunakan sebanyak 83 kali (14.93%). Dominasi penggunaan KGND “kita” menunjukkan bahawa pewacana ingin membina identiti yang bersifat kekitaan. Secara jelas, penggunaan KGND “kita” oleh pewacana bertujuan untuk menunjukkan pertalian yang akrab dengan rakyatnya. Penggunaan KGND “kita” juga bertepatan dengan situasi yang dialami. Dalam hal ini, penggunaan KGND “kita” menunjukkan bahawa pewacana ingin rakyatnya terlibat bersama-sama dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. Secara keseluruhan, dapatan analisis ini mampu mencerminkan lakuan sosial yang baik. Penggunaan KGND “kita” yang menggambarkan identiti kekitaan dapat dijadikan sebagai alat pembakar semangat solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia ketika berhadapan dengan krisis kesihatan global.


Download File

[img] Text
123793.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial No Derivatives.

Download (537kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Social Sciences
Subject: Linguistics
Subject: Communication Studies
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.37052/jb25(1)no5
Publisher: Universiti Sains Malaysia
Depositing User: Ms. Siti Radziah Mohamed@mahmod
Date Deposited: 30 Mar 2026 00:49
Last Modified: 30 Mar 2026 00:49
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37052/jb25(1)no5
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/123793
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item