UPM Institutional Repository

Elemen preposisi dalam penulisan Bahasa Perancis dan Bahasa Melayu


Citation

Abdul Karim, Shobehah (2024) Elemen preposisi dalam penulisan Bahasa Perancis dan Bahasa Melayu. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pelajar bahasa Perancis sebagai bahasa asing sering kali melakukan kesalahan kata preposisi (KP) dalam penulisan berbanding dengan golongan kata lain. Bertitik tolak daripada hal ini, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan KP bahasa Perancis (BP)-bahasa Melayu (BM), untuk menganalisis kesalahan KP, dan seterusnya untuk merumuskan pengaruh bahasa dalam pemilihan KP BP. Sehubungan dengan itu, persamaan dan perbezaan antara KP BP dengan KP BM dikenal pasti bersandarkan Teori Analisis Kontrastif (Akons), Robert Lado (1957), manakala kesalahan KP BP dianalisis berpandukan Taksonomi Strategi Permukaan Dulay, Burt & Krashen (1982) dan soal selidik serta temu bual turut dijalankan untuk menilai pengaruh bahasa dalam penulisan BP. Kajian kualitatif analisis dokumen ini dijalankan di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI). Responden kajian terdiri daripada 70 pelajar BP 2 (WFD10201) dan instrumen kajian ialah soalan 1, bahagian B Ujian Akhir BP 2. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa terdapat persamaan antara KP BP dengan KP BM adalah dari sudut kepelbagaian bentuk KP, sama ada berbentuk tunggal atau gabungan frasa preposisi. Perbezaan KP BP pula disebabkan oleh faktor gender dan bilangan, sama ada bentuk tunggal atau jamak. Dalam hal ini, perbezaan KP BP ini adalah di antara faktor kesalahan KP BP responden. Dapatan analisis kesalahan menunjukkan bahawa terdapat 250 kesalahan KP BP, iaitu 219 kesalahan KP BP berbentuk tunggal dan 20 kesalahan KP berbentuk frasa dan kesalahan KP lain sebanyak 11. Hal ini terjadi kerana faktor varian KP BP berbentuk tunggal à (di, ke) dan de (dari) + Kata Nama BP mesti berpandukan gender dan bilangan. Selain itu, pengaruh bahasa ibunda dan bahasa Inggeris turut menyumbang kepada pemilihan KP BP. Kajian ini turut mencadangkan KPM dan guru BP mencari jalan menangani masalah kekeliruan KP BP dan meningkatkan kefahaman terhadap kelincahan KP BP yang berubah-ubah ini.


Download File

[img] Text
123386.pdf

Download (4MB)
Official URL or Download Paper: https://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18725

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: French language - Prepositions
Subject: Malay language - Prepositions
Subject: Error analysis (Linguistics)
Call Number: FBMK 2024 29
Chairman Supervisor: Profesor Vijayaletchumy a/p Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Error; Preposition; French language; Malay language; Writing
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 09 Mar 2026 06:40
Last Modified: 09 Mar 2026 06:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/123386
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item