Simple Search:

Penguasaan dan Struktur Ayat Majmuk Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Singapura


Citation

Abdul Rashid, Arpah (2010) Penguasaan dan Struktur Ayat Majmuk Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Singapura. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa ibunda telah diwajibkan kepada semua pelajar Melayu di Singapura sejak mereka berada dalam darjah satu. Setelah sepuluh tahun mempelajari bahasa Melayu mereka sewajarya telah dapat menguasai kemahiran membina ayat khususnya ayat majmuk. Sebaliknya kebanyakan pelajar Melayu hari ini tidak dapat menguasai struktur sintaksis terutama ayat majmuk dengan baik. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penguasaan struktur ayat majmuk dalam penulisan karangan pelajar, khususnya melihat penguasaan dan struktur ayat gabungan, ayat pancangan dan ayat campuran.Kajian ini meninjau seramai 115 orang pelajar-pelajar menengah empat dari empat buah sekolah menengah di Singapura. Mereka telah menjalani kursus pembelajaran formal selama sepuluh tahun berdasarkan kurikulum bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Singapura. Dengan menggunakan teori transformasi generatif penyelidik menggunakan rumus struktur BM dalam bentuk rajah pohon untuk menunjukkan struktur-struktur dalaman dan luaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang satu-perdua (2378) daripada jumlah ayat yang dibina merupakan ayat majmuk, suku daripadanya adalah tidak gramatis. Kebanyakan kelemahan dalam pembinaan ayat ialah dalam penggunaan kata hubung. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat korelasi yang erat dan signifikan di antara jumlah ayat majmuk yang gramatis (r = .660) dan jumlah ayat majmuk (r = .347) dengan pencapaian bahasa dalam karangan. Seterusnya kajian ini mendapati ada perkaitan yang positif (r= 0.206) dan signifikan (p=0.05) di antara minat membaca dengan pencapaian bahasa. Dalam penggunaan kata hubung, dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai kelemahan yang ketara dalam penguasaan penggunaan kata hubung yang tepat apabila didapati penggunaan kata hubung „dan’ sangat tinggi peratusan kehadirannya (71%) berbanding dengan kata hubung yang lain. Dengan kelemahan dalam penguasaan dan struktur ayat majmuk dan seterusnya dalam penguasaan bahasa Melayu, maka pihak yang terlibat di Singapura perlu berusaha untuk memperbaiki agar dapat mengekalkan penggunaan bahasa Melayu menurut tatabahasa yang betul.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2010_10A.pdf - Submitted Version

Download (321kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Malay language - Singapore - Sentences - Study and teaching (Secondary)
Subject: Malay language - Study and teaching (Secondary) - Case studies
Call Number: FBMK 2010 10
Chairman Supervisor: Vijayaletchumy A/P Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 12 Jul 2011 16:02
Last Modified: 18 Jun 2013 17:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12333
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item