Citation
Abdul Rashid, Arpah
(2010)
Penguasaan dan Struktur Ayat Majmuk Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Singapura.
PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa ibunda telah diwajibkan kepada semua
pelajar Melayu di Singapura sejak mereka berada dalam darjah satu.
Setelah sepuluh tahun mempelajari bahasa Melayu mereka sewajarya telah
dapat menguasai kemahiran membina ayat khususnya ayat majmuk.
Sebaliknya kebanyakan pelajar Melayu hari ini tidak dapat menguasai
struktur sintaksis terutama ayat majmuk dengan baik. Kajian ini bertujuan
untuk menganalisis penguasaan struktur ayat majmuk dalam penulisan
karangan pelajar, khususnya melihat penguasaan dan struktur ayat
gabungan, ayat pancangan dan ayat campuran.Kajian ini meninjau seramai 115 orang pelajar-pelajar menengah empat dari
empat buah sekolah menengah di Singapura. Mereka telah menjalani
kursus pembelajaran formal selama sepuluh tahun berdasarkan kurikulum
bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Singapura. Dengan menggunakan
teori transformasi generatif penyelidik menggunakan rumus struktur BM
dalam bentuk rajah pohon untuk menunjukkan struktur-struktur dalaman dan
luaran.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang satu-perdua
(2378) daripada jumlah ayat yang dibina merupakan ayat majmuk, suku
daripadanya adalah tidak gramatis. Kebanyakan kelemahan dalam
pembinaan ayat ialah dalam penggunaan kata hubung. Dapatan kajian ini
juga menunjukkan terdapat korelasi yang erat dan signifikan di antara
jumlah ayat majmuk yang gramatis (r = .660) dan jumlah ayat majmuk (r =
.347) dengan pencapaian bahasa dalam karangan. Seterusnya kajian ini
mendapati ada perkaitan yang positif (r= 0.206) dan signifikan (p=0.05) di
antara minat membaca dengan pencapaian bahasa.
Dalam penggunaan kata hubung, dapatan kajian menunjukkan responden
mempunyai kelemahan yang ketara dalam penguasaan penggunaan kata
hubung yang tepat apabila didapati penggunaan kata hubung „dan’ sangat
tinggi peratusan kehadirannya (71%) berbanding dengan kata hubung yang
lain. Dengan kelemahan dalam penguasaan dan struktur ayat majmuk dan
seterusnya dalam penguasaan bahasa Melayu, maka pihak yang terlibat di
Singapura perlu berusaha untuk memperbaiki agar dapat mengekalkan
penggunaan bahasa Melayu menurut tatabahasa yang betul.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |