Citation
Abstract
Perkataan intelek berasal daripada bahasa Latin intellectus, merujuk daya untuk berfikir secara bijaksana, logikal dan teratur, menggunakan hati budi yang waras dan kritis, demi menyimpulkan secara benar apa yang dianggap sesuatu itu sebagai benar dan sahih, dan juga kebolehan menyelesaikan sesuatu masalah. Manakala, puisi Melayu lama, iaitu satu bentuk bahasa yang diolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata yang memikat hati budi sehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan khazanah warisan Melayu sejak zaman-berzaman. Sebelum dicatat kebanyakan puisi Melayu lama adalah dalam bentuk sastera lisan, misalnya pepatah, pantun, gurindam, peribahasa, dan sebagainya. Pepatah, peribahasa dan pantun umpamanya, mengandungi ayat-ayat atau frasa-frasa yang padat, yang berentak dan berirama dari segi bunyinya, indah dan menarik dari segi penggunaan perkataan, perlambangan dan maknanya, dan persis serta padat dari segi mesej dan amanatnya, iaitu sama ada dengan mesej nasihat dan tunjuk ajar, mesej teguran dan larangan, ataupun mesej pernyataan madah dan hikmah. Penciptaannya dicetuskan oleh anggota masyarakat dalam kalangan bijak pandai Melayu secara anonimus, kolektif and akumulatif dalam deretan perjalanan sejarah dan perkembangan masyarakat itu, berdasarkan pemerhatian dan akal fikiran mereka, dan pengalaman praktikal dalam lingkaran hidup mereka yang mencerminkan keintelektualan, kebijaksanaan, persepsi, sikap, sifat dan falsafah hidup masyarakat itu, dan boleh dianggap sebagai asal usul keintelektualan hati budi Melayu.
Download File
Full text not available from this repository.
|
Additional Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Divisions: | Faculty of Modern Language and Communication |
| Publisher: | Penerbit Universiti Tun Hussein Onn |
| Keywords: | Puisi melayu lama; Intelek; Hati budi; Benar; Kritis; Tunjuk ajar |
| Depositing User: | Ms. Nuraida Ibrahim |
| Date Deposited: | 06 Mar 2026 01:41 |
| Last Modified: | 06 Mar 2026 01:41 |
| URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/123276 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
