UPM Institutional Repository

Penguasaan imbuhan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil


Citation

Paramasivam, Kamaleswari (2024) Penguasaan imbuhan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penguasaan imbuhan menjadi masalah kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah Kuala Selangor sehingga sukar mendapat keputusan yang baik dalam penulisan karangan. Justeru, berlaku kepincangan antara SJKT daerah Kuala Selangor dengan Unit Bahasa, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Kajian ini bertujuan mencapai objektif yang berikut iaitu mengenal pasti, menganalisis dan membincangkan kelemahan penguasaan imbuhan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid-murid SJKT daerah Kuala Selangor. Tambahan pula, kajian ini telah meneliti bagaimanakan kesalahan imbuhan awalan meN- dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini dijalankan di 10 buah SJKT di daerah Kuala Selangor dan dibataskan kepada 140 orang murid darjah 5 secara rawak mudah di setiap buah sekolah. Instrumen yang digunakan adalah sebuah tajuk karangan yang dipilih daripada koleksi soalan UPSR tahun 2019. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dalam penganalisisan data kajian. Penyelidik memeriksa kelemahan dari segi pemilihan imbuhan awalan meN- dalam karangan responden. Daripada hasil kajian penyelidik berharap dapat membantu murid-murid, guru bahasa, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengatasi kelemahan murid-murid dalam penguasaan imbuhan dan meningkatkan prestasi keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dalam bahagian penulisan. Penyelidik mengaplikasikan Teori Analisis Corder (1981) yang berfokus kepada kesalahan penutur bukan jati Bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penulisan karangan dalam aspek imbuhan awalan meN- berada dalam tahap yang lemah. Hal ini menjejaskan mutu penulisan karangan murid-murid. Implikasi kajian, kajian ini berwibawa menjadi maklumat berguna tentang penguasaan imbuhan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kepada semua murid dan guru SJKT di seluruh Malaysia.


Download File

[img] Text
123207.pdf

Download (933kB)
Official URL or Download Paper: https://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18708

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Grammar
Subject: Error analysis (Linguistics)
Subject: School children - Malaysia - Selangor
Call Number: FBMK 2024 14
Chairman Supervisor: Rohaidah binti Kamaruddin, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Proficiency, Malay Language, SJKT Students, Year 5, Final Exam of Academic Session
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 16 Mar 2026 08:30
Last Modified: 16 Mar 2026 08:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/123207
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item