UPM Institutional Repository

Elemen sikap, motivasi dan minat murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di tingkatan 1 dalam penguasaan Bahasa Melayu


Citation

Marimothu, Gayatri (2024) Elemen sikap, motivasi dan minat murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di tingkatan 1 dalam penguasaan Bahasa Melayu. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Bahasa Melayu digunakan sebagai wadah utama dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid namun murid dari SJKT dikatakan tidak menguasai bahasa Melayu dan mengalami masalah semasa di Sekolah Menengah kerana dipengaruhi sikap, motivasi dan minat. Objektif utama kajian ini ialah mengenal pasti elemen sikap yang dominan daripada aspek kognitif, afektif dan konatif dalam penguasaan bahasa Melayu murid SJKT di tingkatan 1. Manakala objektif kedua ialah menganalisis elemen dominan dalam motivasi instrumental atau integratif dalam penguasaan bahasa. Objektif ketiga ialah menghuraikan faktor yang utama dalam meningkatkan minat bahasa di tingkatan 1. Seramai 180 murid India tingkatan satu yang menerima pendidikan awal di SJKT daripada enam buah sekolah di Negeri Sembilan dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan kaedah campuran menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner (2005). Kaedah yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data sikap dan motivasi yang diperoleh melalui borang soal selidik dan dianalisis menggunakan Statistical Package for Sciences (SPSS) V29. Manakala data faktor-faktor dalam meningkatkan minat murid SJKT dalam penguasaan bahasa kedua di tingkatan 1 diperoleh melalui Focused Group Discussion (FGD). Analisis kajian mendapati eleman afektif merupakan elemen dominan dalam sikap murid India dari SJKT menguasai bahasa Melayu diikuti oleh elemen kognatif dan akhirnya elemen konatif. Manakala bagi elemen yang dominan dalam motivasi ialah motivasi integratif. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor yang meningkatkan minat ialah guru diikuti persekitaran, ibu bapa dan terakhir ialah faktor rakan-rakan.


Download File

[img] Text
123191.pdf

Download (966kB)
Official URL or Download Paper: https://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18704

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Study and teaching - Malaysia
Subject: Language proficiency - Students - Malaysia
Subject: Indian students - Education - Malaysia
Call Number: FBMK 2024 10
Chairman Supervisor: Rohaidah binti Kamaruddin, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Attitude, Motivation, Interest Factor, Proficiency in Malay Language, SJKT Students in Form One
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 17 Mar 2026 04:47
Last Modified: 17 Mar 2026 04:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/123191
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item