UPM Institutional Repository

Pembinaan keupayaan, modal dan pendayaupayaan dalam kalangan komuniti orang kurang upaya fizikal di Lembah Klang, Malaysia


Citation

Ibrahim, Muhammad Nadzir (2023) Pembinaan keupayaan, modal dan pendayaupayaan dalam kalangan komuniti orang kurang upaya fizikal di Lembah Klang, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian pembangunan komuniti apabila dihubungkan dengan komuniti orang kurang upaya (KOKU) ternyata telah mendapat tempat di Malaysia. Namun kajian secara khusus yang menjurus kepada konsep-konsep seperti pembinaan keupayaan komuniti, modal komuniti dan pendayaupayaan dilihat masih banyak ruang yang belum diterokai khususnya kepada komuniti orang kurang upaya fizikal (KOKUF). Kelompongan ini membawa kepada kajian ini dilakukan dengan penelitian kepada tiga pemboleh ubah iaitu pembinaan keupayaan komuniti, modal komuniti dan pendayaupayaan secara serentak bagi mengkaji usahausaha yang telah berlaku dalam kalangan KOKUF setelah mengikuti program latihan kemahiran di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP). Uniknya kajian ini juga mengkaji kesignifikanan modal komuniti sebagai mediator dalam hubungan antara pembinaan keupayaan komuniti dan pendayaupayaan. Kajian yang bersifat kuantitatif ini mengetengahkan teori pendayaupayaan sebagai panduan utama kajian ini dilakukan. Seramai 221 lepasan PLPP dijadikan responden dengan menggunakan teknik pensampelan bola salji dengan kaedah tinjauan melalui serahan borang soal selidik secara bersemuka. Analisis deskriptif, ujian t, ujian korelasi, ujian regresi dan analisis mediator dilakukan bagi mencapai hasil kajian ini. Kajian mendapati kesemua pemboleh ubah menunjukkan tahap sederhana iaitu pembinaan keupayaan komuniti (M=3.15, SP=.471), modal komuniti (M=3.42, SP=.431) dan pendayaupayaan(M=3.44, SP=.417). Ujian t menunjukkan tidak ada perbezaan antara jantina KOKUF bagi setiap pemboleh ubah kerana nilai p>.05 iaitu pembinaan keupayaan komuniti (t=.471, p=.638), modal komuniti (t=1.567, p=.119) dan pendayaupayaan (t=-1.309, p=.192). Manakala ujian korelasi menunjukkan hubungan signifikan yang kuat antara pembinaan keupayaan komuniti dengan modal komuniti (r=.687, p=.000) dan hubungan signifikan sederhana kuat antara pembinaan keupayaan komuniti dengan pendayaupayaan (r=.389, p=.000) dan antara modal komuniti dengan pendayaupayaan (r=.345, p=.000). Ujian regresi pula melaporkan pembinaan keupayaan komuniti memberi pengaruh signifikan kepada pemboleh ubah pendayaupayaan KOKUF (β=0.190, p<.05) di mana gabungan dimensi-dimensi tersebut menjadikan pembinaan keupayaan komuniti memberi pengaruh sebanyak 19 peratus kepada pendayaupayaan KOKUF. Manakala modal komuniti pula memberi pengaruh signifikan kepada pemboleh ubah pendayaupayaan KOKUF (β=0.227, p<.05) di mana gabungan modal-modal komuniti tersebut menjadikan modal komuniti memberi pengaruh sebanyak 23.6 peratus kepada pendayaupayaan KOKUF. Melalui kaedah butsrap menerusi pendekatan Partial-Least Square – Strutural Equation Modeling (PLS-SEM) turut membuktikan modal komuniti berperanan selaku pemboleh ubah mediator separa bagi hubungan antara pembinaan keupayaan komuniti dengan pendayaupayaan kerana analisis terus (direct effect) menunjukkan keputusan yang signifikan (β = 0.271, t = 3.065, p < 0.05) dan analisis perantara (indirect effect) juga menunjukkan keputusan yang signifikan, (β = 0.102, t = 2.121, p < 0.05). Penemuan ini membuktikan pengaruh modal komuniti menyumbang kepada proses dan hasil pembinaan keupayaan komuniti dalam mempengaruhi tahap pencapaian hasil pendayaupayaan KOKUF sama ada pendayaupayaan psikologi dan pendayaupayaan ekonomi. Secara keseluruhan kajian ini memberi implikasi daripada perspektif teoritikal khususnya berkait dengan pembinaan keupayaan komuniti, modal komuniti dan pendayaupayaan yang menjadi tulang belakang kepada kajian ini. Malahan dapatan kajian juga boleh diterima untuk dijadikan landasan dalam membangunkan KOKUF dan KOKU secara umumnya melalui tindakan-tindakan komprehensif melibatkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PLPP, sukarelawan OKU dan organisasi OKU melalui persatuan dan seumpamanya.


Download File

[img] Text
122580.pdf

Download (2MB)
Official URL or Download Paper: https://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18619

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: People with disabilities - Malaysia
Subject: Community development -Malaysia
Subject: Empowerment (Social sciences)
Call Number: FEM 2023 11
Chairman Supervisor: Profesor Madya Nobaya binti Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Keywords: Community capacity building; Community capital; Empowerment; Physically disabled community; Klang valley; Malaysia; Vocational training; Mediator analysis; Social welfare; Disability studies
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 10: Reduced Inequalities, SDG 8: Decent Work and Economic Growth, SDG 1: No Poverty
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 21 Apr 2026 08:00
Last Modified: 21 Apr 2026 08:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/122580
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item