Citation
Adnan, Mohd Haikal Anuar
(2023)
Tekanan ekonomi, konflik perkahwinan, daya tindak, sokongan sosial dan kesejahteraan mental dalam kalangan isteri penagih dadah B40 di Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Isteri penagih dadah dalam kumpulan sosioekonomi rendah di Malaysia
berhadapan dengan pelbagai permasalahan dalam kehidupan hingga mampu
menjejaskan kesejahteraan mental. Disamping berhadapan dengan tekanan
ekonomi, keterlibatan suami dengan penagihan dadah menyebabkan golongan
ini berhadapan dengan konflik perkahwinan yang tinggi. Antara aspek penting
bagi isteri penagih dadah berhadapan dengan konflik perkahwinan dihadapi
adalah daya tindak dan sokongan sosial. Justeru, kajian yang dilakukan
bertujuan mengenalpasti saling perkaitan antara tekanan ekonomi, konflik
perkahwinan, daya tindak, sokongan sosial dan kesejahteraan mental dalam
kalangan isteri penagih dadah dari kumpulan sosioekonomi rendah di Malaysia.
Peranan daya tindak dan sokongan sosial sebagai faktor pengantara bagi
perkaitan antara konflik perkahwinan dengan kesejahteraan mental turut
dikenalpasti. Disamping itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti keupayaan
tekanan ekonomi, konflik perkahwinan, daya tindak dan sokongan sosial
sebagai faktor peramal unik kepada kesejahteraan mental.
Kajian bereka bentuk kuantitatif berasaskan paradigma positivisme dan
berbentuk keratan rentas serta menggunakan kaedah tinjauan dilakukan bagi
mengenalpasti saling perkaitan antara pemboleh ubah. Selain itu, kajian ini
melibatkan 132 orang isteri penagih dadah yang suami mereka sedang
mendapatkan rawatan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan
dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Pengumpulan data
dilakukan menggunakan soal selidik secara atas talian. Alat pengukuran yang
telah digunakan bagi mengukur pemboleh ubah kajian adalah Economic Strain
Scale, subskala konflik perkahwinan yang terdapat dalam Braiker-Kelly
Partnership Questionnaire, Coping and Adaptation Processing Scale Short Form
(CAPS-Short Form), Multidimensional Scale of Perceived Social Support
(MPSS) dan Short Warwick-Edinburgh Mental Well-being Scale (SWEMWBS).
Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package
for Social Science (SPSS) dan Partial Least Squares – Structural Equation
Modelling (PLS-SEM) berbantukan perisian SmartPLS 4.0.
Dapatan kajian mendapati terdapat perkaitan yang positif antara tekanan
ekonomi dengan konflik perkahwinan (=0.235, p<0.05), konflik perkahwinan
dengan daya tindak (=0.172, p< 0.05), daya tindak dengan kesejahteraan
mental (=0.265, p<0.05), sokongan sosial dengan daya tindak (=0.302,
p<0.001), dan sokongan sosial dengan kesejahteraan mental (=0.238, p<0.05).
Manakala tekanan ekonomi (= -0.033, p>0.05) dan konflik perkahwinan (= -
0.099, p>0.05) didapati tidak mempunyai perkaitan langsung yang signifikan
dengan kesejahteraan mental. Konflik perkahwinan juga didapati tidak
mempunyai perkaitan yang signifikan dengan sokongan sosial (= 0.012,
p>0.05). Disamping itu, peranan daya tindak (=0.046, p>0.05) dan sokongan
sosial (=0.003, p>0.05) sebagai faktor pengantara bagi perkaitan antara konflik
perkahwinan dengan kesejahteraan mental juga mendapati kedua-dua faktor ini
bukan faktor pengantara yang signifikan. Tambahan lagi, dapatan kajian
mendapati kesejahteraan mental dapat diterangkan oleh tekanan ekonomi,
konflik perkahwinan, daya tindak dan sokongan sosial sebanyak 16.6%
(R²=0.166) iaitu berada pada tahap lemah. Sebagai kesimpulan, kajian yang
dilakukan secara tidak langsung dapat memperkaya kajian berkaitan isteri
penagih dadah dalam kumpulan sosioekonomi rendah khususnya di negara
Malaysia. Dapatan kajian ini juga dapat memberikan sumbangan yang signifikan
kepada bidang ilmu pengetahuan, kajian masa hadapan dan pembangunan
dasar melibatkan isteri penagih dadah dalam kumpulan sosioekonomi rendah.
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
| Subject: |
Wives of drug addicts - Malaysia |
| Subject: |
Poor women - Malaysia |
| Subject: |
Mental health - Malaysia |
| Call Number: |
FEM 2023 9 |
| Chairman Supervisor: |
Zarinah Arshat, PhD |
| Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
| Keywords: |
Economic strain; Marital conflict; Coping; Social support; Mental well-being; Wives of drug addicts; Low socioeconomic status; Malaysia; Mediating role; Predictor variables |
| Sustainable Development Goals (SDGs): |
SDG 3: Good Health and Well-being, SDG 1: No Poverty, SDG 5: Gender Equality |
| Depositing User: |
Ms. Rohana Alias
|
| Date Deposited: |
21 Apr 2026 10:47 |
| Last Modified: |
21 Apr 2026 10:47 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/122573 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |