Citation
Sarjoni, Musrifah
(2023)
Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan sebagai perantara pengintegrasian Google Classroom dan gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dalam kemahiran membaca.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Sorotan kajian menunjukkan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)
dapat menjadi perantara pengintegrasian Google Classroom dan gaya pengajaran guru
terhadap hasil pengajaran Bahasa Melayu yang lebih berkesan. Oleh itu, kajian ini
bertujuan mengenal pasti tahap PTPK guru dan kesannya sebagai perantara,
pengintegrasian Google Classroom dan gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dalam
kemahiran membaca. Kajian ini menggabungkan elemen-elemen daripada teori PTPK,
teori pengajaran guru dan teori membaca bawah ke atas (Botom-up). Kajian juga
mengukur pengaruh setiap pemboleh ubah iaitu PTPK, pengintegrasian Google
Classroom, gaya pengajaran guru dalam kemahiran membaca. Kajian menggunakan
kaedah kuantitatif dengan melibatkan 233 orang guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Agama Selangor. Data kajian diperoleh daripada
borang soalan kaji selidik yang diedarkan kepada guru. Data dianalisis dengan
menggunakan Model Persamaan Struktur (Structural Equation Modelling atau SEM)
melalui perisian Statistical Package for Social Sciences Statistical Packgae for the
Social Science Versi 22 (SPSS-22) dan Analysis of Moment Structure (AMOS) 22.0.
Model dibentuk dan disahkan melalui hubungan korelasi antara pemboleh ubah kajian
dengan menggunakan maklum balas daripada guru berdasarkan instrumen. Analisis skor
min dan sisihan piawai PTPK, penggunaan Google Classroom, gaya pengajaran guru dan
kemahiran membaca secara keseluruhannya adalah tinggi. Dapatan kajian menunjukkan
keputusan ujian hipotesis model berstruktur adalah diterima. Kesan perantara juga wujud
dalam model, iaitu pengetahuan teknologi pedagogi kandungan yang berperanan sebagai
perantara antara pengintegrasian Google Classroom dan gaya pengajaran guru dalam
kemahiran membaca adalah diterima. Model fit pengintegrasian Google Classroom, gaya
pengajaran guru, dan PTPK menyumbang sebanyak .51 varians terhadap kemahiran
membaca. Secara keseluruhan Model Cadangan dan Model Modifikasi memberi
implikasi terhadap kemahiran membaca huruf, kemahiran membaca perenggan, aspek
pengetahuan teknologi pedagogi dan pengetahuan teknologi kandungan yang perlu dimantapkan. Model juga menunjukkan, semakin tinggi pengintegrasian Google
Classroom, maka semakin tinggi PTPK dan kemahiran membaca. Sebagai rumusan,
semua pemboleh ubah menghasilkan dapatan yang menunjukkan wujudnya hubungan
antara satu sama.
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
| Subject: |
Educational technology |
| Subject: |
Reading (Primary) - Study and teaching |
| Subject: |
Teacher effectiveness |
| Call Number: |
FPP 2024 8 |
| Chairman Supervisor: |
Azhar bin Md. Sabil, PhD |
| Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
| Keywords: |
TPACK; Google Classroom Integration; Teaching Styles; Malay Language Reading Skills; Mediating Role; Educational Technology; Pedagogical Content Knowledge; Bottom-up Reading Theory; Structural Equation Modeling; Teacher Professional Development |
| Depositing User: |
MS. HADIZAH NORDIN
|
| Date Deposited: |
19 Jan 2026 03:40 |
| Last Modified: |
19 Jan 2026 03:40 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/122460 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |