UPM Institutional Repository

Amalan pengajaran strategi pembelajaran koperatif guru sekolah rendah program sekolah amanah Malaysia


Citation

Abdol Jani, Wan Nur Fuziana (2024) Amalan pengajaran strategi pembelajaran koperatif guru sekolah rendah program sekolah amanah Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Strategi pembelajaran koperatif perlu diberi perhatian oleh guru selaku fasilitator pengajaran dan pembelajaran kerana strategi tersebut telah terbukti mampu membangunkan pencapaian akademik dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan dan pengaruh antara pemboleh ubah pengetahuan guru, penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), sokongan sekolah dan efikasi kendiri terhadap amalan pengajaran strategi pembelajaran koperatif. Selain itu, peranan efikasi kendiri sebagai mediator terhadap pengaruh pengetahuan guru, penerapan KBAT dan sokongan sekolah dengan amalan pengajaran strategi pembelajaran koperatif turut dikaji. Kajian korelasi dengan pendekatan kuantitatif ini melibatkan 244 guru sekolah rendah Program Sekolah Amanah (PSA) Malaysia yang dipilih secara rawak strata berkadaran dan rawak mudah. Data kajian diperoleh melalui pengedaran soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen Teachers’ Cooperative Learning Questionnaire (TCLQ), Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK), Teachers Sense of Efficacy Scale (TSES), penerapan KBAT dan sokongan sekolah. Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 25 digunakan untuk analisis deskriptif dan hubungan, manakala analisis pemodelan persamaan berstruktur (Structural Equation Modelling, SEM) untuk mengkaji pengaruh dan menguji peranan mediator menggunakan perisian IBM SPSS AMOS versi 24. Dapatan kajian menunjukkan pemboleh ubah tidak bersandar kajian iaitu pengetahuan guru, penerapan KBAT, sokongan sekolah dan efikasi kendiri mempunyai hubungan positif yang signifikan dan kuat dengan amalan pengajaran strategi pembelajaran koperatif. Hasil analisis regresi pula mendapati sokongan sekolah mempunyai pengaruh paling tinggi terhadap amalan pengajaran strategi pembelajaran koperatif, diikuti pengaruh efikasi kendiri, penerapan KBAT dan pengetahuan guru. Selain itu, pengujian mediator menunjukkan efikasi kendiri merupakan mediator separa antara pengaruh pengetahuan guru, penerapan KBAT dan sokongan sekolah dengan amalan pengajaran strategi pembelajaran koperatif. Hal yang demikian bermaksud, efikasi kendiri bukan sahaja mampu memberi pengaruh secara langsung terhadap amalan pengajaran strategi pembelajaran koperatif, malahan turut memberi pengaruh secara tidak langsung melalui pengaruh pengetahuan guru, penerapan KBAT dan sokongan sekolah terhadap amalan pengajaran strategi pembelajaran koperatif. Tambahan, kajian ini berjaya menjelaskan bahawa pemboleh ubah tidak bersandar yang dipilih dalam kajian memberi pengaruh keseluruhan sebanyak 75.8% kepada amalan pengajaran strategi pembelajaran koperatif. Justeru, faktor pengetahuan guru, penerapan KBAT, sokongan sekolah dan efikasi kendiri merupakan faktor penting dalam menjayakan amalan pengajaran strategi pembelajaran koperatif secara rutin terutama dalam konteks sekolah rendah yang mengikuti PSA. Pemboleh ubah kajian juga boleh dijadikan rujukan untuk memenuhi keperluan guru dalam melaksanakan pengajaran strategi pembelajaran koperatif dan strategi pembelajaran lain yang berpusatkan murid dalam konteks yang berbeza.


Download File

[img] Text
122428.pdf

Download (1MB)
Official URL or Download Paper: ttp://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18477

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Cooperative learning - Study and teaching (Primary) - Malaysia.
Subject: Teachers - Professional competence - Malaysia
Subject: Self-efficacy -- Study and teaching - Malaysia
Call Number: FPP 2024 5
Chairman Supervisor: Fazilah binti Razali, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: Cooperative learning; Teaching practices; Primary school teachers; Amanah school program; Teacher knowledge; High-order thinking skills (HOTS); School support; Self-efficacy; Structural equation modeling; Malaysia
Depositing User: MS. HADIZAH NORDIN
Date Deposited: 20 Jan 2026 02:50
Last Modified: 20 Jan 2026 02:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/122428
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item