UPM Institutional Repository

Kesedaran Guna IP Semakin Meningkat


Citation

Esam, Asrizam Kesedaran Guna IP Semakin Meningkat. (9 May 2023), (Call Number: UNSPECIFIED)

Abstract

Usahawan PKS manfaatkan perniagaan berteraskan hovasi Oleh Tuty Haryanți Ahmad Rodzi Kuala Lumpur: Kesedaran usahawan termasuk wanita serta industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengenai kepentingan harta intelek (IP) semakin tinggi dengan peningkatan sebanyak 46,812 pendaftaran IP pada 2021. IP adalah permulaan perniagaan berpacukan inovasi yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat dan negara selepas berjaya dikomersialkan. la sama ada dalam bentuk paten, hak cipta, reka bentuk perIndustrian, rahsia dagangan dan pelbagai lain penting dalam memastikan keunikan produk dan isu cetak rompak atau pelanggaran hak daripada pesaing. Pegawai Penyelidik Kanan, Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Asrizam Esam, berkata perniagaan berpacu IP kini menjadi agenda utama supaya manfaat inovasi dapat dinikmati masyarakat dan negara. Namun katanya, ia memerlukan ekosistem inovasi mantap b gi memacu hala tuju inovasi yang tepat dan berkesan bukan hanya di p ringkat tempatan sahaja. "Pembentukan ekosistem inovasi mapan yang ditunjangi oleh kerajaan, universiti atau agensi penyelidikan serta pemain industri perlu menjadi obligasi bagi memacu IP sebagai asas perniagaan yang dapat memberi impak tinggi kepada usahawan dan begara," katanya. Malaysia juga boleh mencontohi Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) yang kini giat menjalankan pelbagai program bim-bingan IP di seluruh dunia untuk membantu perniagaan yang di terajui usahawan wanita.


Download File

[img] Text
121672.pdf - Published Version

Download (358kB)

Additional Metadata

Item Type: Newspaper
Divisions: Putra Science Park
Keywords: Intellectual Property; SMEs; Innovation; Entrepreneurs; Patents; Copyright; Industrial Design; Trade Secrets; Business Growth; Malaysia
Depositing User: Mr. Mohamad Syahrul Nizam Md Ishak
Date Deposited: 19 Feb 2026 06:31
Last Modified: 19 Feb 2026 06:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/121672
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item