Citation
Mohd Puad, Mohd Hazwan and Jamil, Zahidah and Abd Rahman, Noor Rezawaty and Mukhtar, Nabihah and Anua, Nur Shairah
(2024)
Kepentingan kemahiran kebolehkerjaan dalam kalangan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2024, 23-24 Oct. 2024, Universiti Putra Malaysia, Serdang. (pp. 344-365).
Abstract
Graduan pada hari ini perlu memiliki kemahiran yang diperlukan terutama bagi individu yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pada peringkat global, majikan bukan sahaja mencari graduan TVET yang memiliki kemahiran teknikal tetapi juga mereka yang mempunyai kemahiran kebolehkerjaan. Jurang kemahiran dilihat semakin meluas dalam kalangan graduan TVET yang bergelut dengan kemahiran teknikal dan kebolehkerjaan yang diperlukan di tempat kerja. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan oleh majikan dan bagaimana kemahiran kebolehkerjaan boleh diterapkan dalam reka bentuk kurikulum latihan dan proses pengajaran. Kajian ini dijalankan melalui Kajian Literatur Sistematik (SLR) dan pendekatan pemetaan yang terdiri daripada tiga peringkat: perancangan, pelaksanaan, dan pelaporan. Kajian literatur dalam penyelidikan ini diperoleh daripada Google Scholar sebagai rujukan utama. Hasil analisis dalam kajian sistematik literatur menunjukkan terdapat tujuh (7) kemahiran utama yang diperlukan oleh majikan iaitu kemahiran komunikasi, kompetensi di tempat kerja, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran asas, kemahiran berfikir secara kritikal, kemahiran kerja berpasukan dan berkolaborasi serta kemahiran kreativiti dan inovasi. Dapatan kajian juga mencadangkan supaya kemahiran ini yang boleh dikategorikan sebagai kemahiran insaniah dan kemahiran interpersonal yang perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan dalam reka bentuk kurikulum latihan di institusi TVET.
KATA KUNCI: Kemahiran kebolehkerjaan, Kemahiran teknikal, Graduan TVET, Jurang Kemahiran, Keperluan Industri
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
 |
View Item |