UPM Institutional Repository

Perbandingan penguasaan penjodoh bilangan bahasa melayu 'biji' antara individu Cina Malaysia di zon Pantai Timur dengan Pantai Tengah.


Citation

Ng, Chwee Fang (2024) Perbandingan penguasaan penjodoh bilangan bahasa melayu 'biji' antara individu Cina Malaysia di zon Pantai Timur dengan Pantai Tengah. In: Seminar Antarabangsa Penghayatan Malaysia Madani 2024 (SAMMA 2024), 11-12 Sep. 2024, Universiti Putra Malaysia, Serdang. (p. 73).

Abstract

Penjodoh bilangan memainkan peranan penting dalam interaksi harian di Malaysia, mencerminkan kepelbagaian etnik, budaya, dan bahasa negara kita. Kajian lepas menunjukkan penurunan dalam penggunaan penjodoh bilangan dalam kalangan generasi muda. Walau bagaimanapun, terdapat pandangan bahawa peningkatan pendedahan individu Cina di Pantai Timur Malaysia mungkin menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang bahasa dan budaya Melayu. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan penguasaan penjodoh bilangan bahasa Melayu 'biji' antara individu Cina Malaysia dari zon Pantai Timur dengan Pantai Tengah. Soal selidik dengan 50 soalan yang diedarkan melalui WhatsApp telah digunakan, merekrut 100 peserta berbahasa Mandarin dari kedua-dua zon tersebut. Soalan-soalan digubal berdasarkan definisi dan contoh daripada kamus penjodoh bilangan bahasa Melayu yang berwibawa. Analisis statistik telah dijalankan menggunakan data yang dijana daripada Google Forms. Keputusan menunjukkan bahawa lokasi geografi tidak memberi kesan ketara terhadap pemahaman penjodoh bilangan 'biji' dalam kalangan penduduk Pantai Timur, dengan prestasi di bawah 50% di kedua-dua zon. Responden dari kedua-dua zon menunjukkan pemahaman yang agak memuaskan tentang ciri-ciri 'biji' yang tipikal, iaitu untuk mengelas objek yang bulat dan kecil. Namun, responden menunjukkan pemahaman yang kurang memuaskan tentang ciri-ciri 'biji' yang bukan tipikal, terutamanya apabila digunakan untuk mengelas buah-buahan dan sayursayuran yang panjang, serta peralatan dapur atau bekas dengan sifat oblate, berongga, dan langsing. Faktor utama yang mempengaruhi termasuk pengaruh bahasa ibunda, kekerapan penggunaan bahasa Melayu, dan ketidakbiasaan dengan bahasa serta budaya Melayu. Penemuan ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan bagi pembelajaran dan pengajaran penjodoh bilangan bahasa Melayu di Malaysia. Dicadangkan perbandingan penguasaan penjodoh bilangan antara individu Cina dengan penutur jati bahasa Melayu dijalankan dalam kajian akan datang.


Download File

[img] Text (Abstract)
121379.pdf - Other

Download (8kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Oral/Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Comparison; Mastery; Malay classifier 'biji'; Chinese individuals; Malaysia
Depositing User: Mr. Mohamad Syahrul Nizam Md Ishak
Date Deposited: 30 Oct 2025 09:01
Last Modified: 30 Oct 2025 09:01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/121379
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item