UPM Institutional Repository

Kaedah pembangunan modul literasi bertutur Bahasa Melayu untuk komuniti pelarian dewasa di Malaysia.


Citation

Abd Rahim, Nur Aira and Mohamed Mokhtar, Marzni and Nungsari, Melati (2024) Kaedah pembangunan modul literasi bertutur Bahasa Melayu untuk komuniti pelarian dewasa di Malaysia. In: The 6th International Conference on Educational Research and Practice (ICERP2024), 3-4 July 2024, Faculty of Educational Studies Universiti Putra Malaysia (UPM),MALAYSIA. (pp. 473-478). (Submitted)

Abstract

Peningkatan kefahaman dalam Bahasa Melayu adalah satu aspek yang penting bagi komuniti pelarian untuk menjalani kehidupan harian mereka di Malaysia, terutamanya melalui interaksi sosial dengan masyarakat tempatan. Bagaimanapun, bagi pelarian dewasa, ini merupakan satu cabaran kerana mereka tidak mempunyai akses dan peluang untuk mempelajari Bahasa Melayu, khususnya di dalam seting pendidikan yang formal. Justeru itu, projek ini dilaksanakan untuk membangunkan secara khusus satu Modul Literasi Bertutur Bahasa Melayu untuk memenuhi keperluan komuniti pelarian dewasa di Malaysia. Projek ini bermula dengan mengenal pasti keperluan dan cabaran utama yang dihadapi oleh komuniti pelarian dewasa dalam kehidupan harian. Modul yang dirangka menekankan aspek dalam pembangunan kemahiran bertutur melalui pendekatan kontekstual yang memfokuskan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam konteks harian yang dilalui oleh pelarian dalam pelbagai situasi di Malaysia. Pembangunan modul ini telah melalui dua fasa pembangunan, iaitu pembangunan awal pada tahun 2018, dan seterusnya telah dikemaskini dan ditambahbaik semula pada tahun 2024. Kertas kerja ini akan memperincikan tentang kaedah pembangunan dan kandungan umum yang dicakupi oleh modul ini sebagai panduan pembelajaran yang boleh diaplikasikan di dalam konteks pendidikan yang bersifat bukan formal. Modul ini mengetengahkan satu pendekatan pembelajaran yang bersifat kontekstual dengan hasrat untuk meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Melayu dalam pelbagai situasi yang relevan kepada golongan pelarian dewasa di Malaysia.


Download File

[img] Text
121001.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (981kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Oral/Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies
Keywords: Bahasa melayu literacy; Spoken language module; Adult refugees; Malaysia; Contextual learning; Non-formal education; Skill development; Social interaction
Depositing User: Mr. Mohamad Syahrul Nizam Md Ishak
Date Deposited: 21 Oct 2025 01:13
Last Modified: 21 Oct 2025 01:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/121001
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item