UPM Institutional Repository

Konsep bersederhana dalam peribahasa Melayu berdasarkan komponen hati budi Melayu dan semantik inkuisitif


Citation

Che Rodi, Rozita and Ismail, Alhaadi and Jusoh, Zuraini and Subramaniam, Vijayaletchumy (2024) Konsep bersederhana dalam peribahasa Melayu berdasarkan komponen hati budi Melayu dan semantik inkuisitif. Jurnal Linguistik, 28 (2). art. no. 1. pp. 1-15. ISSN 1823-9242

Abstract

Satu daripada keperibadian sosial yang perlu dimiliki oleh masyarakat Melayu ialah sikap bersederhana. Hashim Hj. Musa (2008) telah menggariskan 26 komponen hati budi Melayu (HBM) yang menjadi unsur keperibadian sosial milik sepunya masyarakat Melayu. Perkara ini juga selari dengan tuntutan agama yang menyeru umatnya agar bersederhana dalam segenap aspek kehidupan. Dalam al-Quran dan hadis banyak menyebut perihal bersederhana ini. Namun, masyarakat kini didapati tidak mengamalkan tuntutan tersebut. Sehubungan dengan itu, masyarakat Melayu terdahulu menjadikan peribahasa Melayu sebagai satu daripada medium untuk menyampaikan nasihat dan teguran berkaitan sikap bersederhana. Oleh itu, objektif utama pelaksanaan kajian ini adalah untuk menginterpretasi konsep bersederhana dalam peribahasa Melayu daripada perspektif semantik inkuisitif. Dengan bersandarkan pendekatan semantik inkuisitif yang telah diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dan Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh Kempson (1984), empat peribahasa Melayu yang diperoleh daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua (2017) akan diinterpretasikan. Hasil daripada penelitian tersebut, sikap bersederhana jelas terpamer dalam peribahasa Melayu yang telah diinterpretasi. Nasihat dan teguran berkaitan sikap bersederhana dituntut dalam aspek berkasih sayang, berbelanja, berbicara dan tindakan. Daripada interpretasi yang dilaksanakan, nasihat dan teguran yang berkait dengan komponen bersederhana disampaikan secara berhemah melalui kiasan yang indah. Teguran dan nasihat secara berhemah mampu memberikan kesan positif dan sekali gus menjaga air muka seseorang. Sehubungan dengan itu, perkara ini secara tidak langsung menggambarkan keluhuran hati budi masyarakat Melayu terdahulu dalam menyampaikan teguran dan nasihat.


Download File

[img] Text
120289.pdf - Published Version

Download (265kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Malay psyche; Inquisitive semantics; Moderation; Malay proverbs.
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 29 Sep 2025 07:44
Last Modified: 29 Sep 2025 07:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/120289
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item