Citation
Ismail, Mohd Mahadee and Ku Samsu, Ku Hasnita and Md Yunan, Nur Shaqirah
(2024)
Pembentukan model jati diri kesukarelawanan belia di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Malaysian Journal of Human Ecology, 5 (1).
pp. 116-134.
ISSN 2773-4951; eISSN: 2773-4951
Abstract
Pembentukan jati diri kesukarelawanan yang kukuh boleh menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan sebuah bangsa dan negara. Berdasarkan kepada tinjauan literatur, semangat kesukarelawanan, keterlibatan dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan kemasyarakatan, tradisi berkongsi serta amalan bantu-membantu semakin luntur dan masih lagi rapuh. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk merangka sebuah model komprehensif tentang faktor-faktor pembentukan jati diri kesukarelawanan belia di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kuantitatif melalui tinjauan menggunakan borang soal selidik yang melibatkan 384 responden sukarelawan belia. Data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian SMART-PLS bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian ini bukan sahaja menjadi teras bagi pembentukan jati diri kesukarelawanan belia, tetapi menjadi asas yang kukuh dalam memperkasa peranan dan sumbangan belia dalam masyarakat. Model ini memaparkan faktor dalaman menjadi pemangkin utama dalam pembentukan jati diri kesukarelawanan diikuti dengan faktor luaran. Ironinya, dalam usaha untuk membentuk jati diri kesukarelawanan belia, elemen dalaman perlu dibangunkan secara menyeluruh agar golongan belia mempunyai semangat jati diri yang unggul untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan. Faktor luaran juga menjadi elemen penyokong pembentukan jati diri yang lebih holistik.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
 |
View Item |