UPM Institutional Repository

Pencetus individualisme dalam Kesusasteraan Melayu? : penelitian berdasarkan sorotan literatur bersistematik


Citation

Raja Jaafar, Raja Faris Hakimi and Yusof, Nadia Syamimi and Noor Muhammad, Salmah Jan and Hamdan, Rahima (2024) Pencetus individualisme dalam Kesusasteraan Melayu? : penelitian berdasarkan sorotan literatur bersistematik. Jurnal Melayu Sedunia, 7 (1). pp. 20-36. ISSN 2637-0751

Abstract

Kesusasteraan Melayu Tradisional amat menitikberatkan kepengarangan yang bersifat kolektif iaitu karya yang dihasilkan adalah milik masyarakatnya. Ini menyebabkan kebanyakan karya yang dihasilkan tiada diletakkan nama pengarang. Apatah lagi, kerja-kerja kepengarangan ini dinaungi oleh raja yang menyebabkan pengarang tiada hak meletakkan namanya pada karya yang dihasilkan. Keterbatasan ini juga menyebabkan karya yang dihasilkan perlulah bersifat ‘istana centric’ dan tanpa luahan perspektif pengarangnya secara terbuka. Namun, kolonialisasi Barat telah meleraikan situasi ini menerusi pengenalan Munshi Abdullah yang mengarang menurut perspektifnya sendiri tanpa dikongkong oleh raja dan pemerintah. Bermula dari sinilah, konsep individualisme diperkenalkan dalam kepengarangan Melayu yang nyata bertentangan dengan konvensi sedia ada. Nama Munshi Abdullah kemudiannya dinobatkan sebagai pencetus kemodenan dalam kesusasteraan Melayu menerusi konsep ‘individualisme’ dalam karya yang dihasilkan. Penobatan ini mendapat sanggahan daripada beberapa sarjana dengan meletakkan Hamzah Fansuri sebagai tokoh yang lebih awal memperkenalkan konsep itu iaitu sejak abad ke-17 Masihi. Sanggahan ini bertambah hebat apabila muncul dua kelompok sarjana yang menyokong tokoh-tokoh ini sebagai pemula konsep ‘individualisme’ dalam kepengarangan Melayu dengan justifikasi yang tersendiri. Ini mencetuskan satu pencarian sorotan kajian yang komprehensif perlu dilakukan terhadap penobatan dua tokoh ini agar dapat menjelaskan siapakah tokoh yang lebih dominan mendapat sokongan para sarjana berhubung konsep yang dipertikaikan. Metodologi kajian adalah berasaskan standard PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Review dan Meta Analisis) menggunakan dua pangkalan data utama iaitu Scopus dan Google Scholar. Sejumlah 9 artikel telah dipilih bagi mewakili dua perspektif di atas. Dapatan kajian mendapati Munshi Abdullah lebih popular sebagai tokoh terawal yang menerapkan konsep individualisme dalam kepengarangannya. Natijahnya berdasarkan sorotan kajian lalu, rata-rata penjelasan mengenai siapakah tokoh terawal yang membawa konsep tersebut adalah tidak penting berbanding bagaimanakah konsep itu diterapkan dalam kepengarangan mereka demi memberi sumbangan baharu kepada kepada masyarakat.


Download File

[img] Text
120189.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (520kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.22452/melayusedunia.vol7no1.2
Publisher: Universiti Malaya
Keywords: Systematic literature review; Individualism; Hamzah Fansuri; Munshi Abdullah; PRISMA
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 24 Sep 2025 07:49
Last Modified: 24 Sep 2025 07:49
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.22452/melayusedunia.vol7no1.2
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/120189
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item