UPM Institutional Repository

Motivasi murid SJKC mempelajari Bahasa Melayu


Citation

Jusoh, Zuraini and Rosman, Nur Aniessha (2024) Motivasi murid SJKC mempelajari Bahasa Melayu. Mahawangsa Pertanika, 11 (1). pp. 29-37. ISSN 2805-5691; eISSN: 2805-5691

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Seramai 70 orang murid dari sebuah SJKC di Puchong, Selangor telah terlibat sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel kajian dibuat secara bertujuan dan semua murid tahun lima daripada dua buah kelas dipilih sebagai sampel kajian ini. Instrumen soal selidik yang mengandungi 24 item digunakan untuk memperoleh data tahap motivasi intrinsik dan tahap motivasi ekstrinsik. Data-data ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 27.0 yang melibatkan statistik perihalan, iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Item-item dalam soal selidik ini diperoleh dan diadaptasi daripada kajian lepas, Nacy Ngumbang dan Zamri Mahamod (2017). Hasil kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik yang tinggi semasa mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat segelintir murid yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan sederhana setuju untuk item-item, seperti mempelajari bahasa Melayu menyeronokkan mereka, berminat mempelajari bahasa Melayu, bahasa Melayu kurang membantu mereka memperoleh keputusan ujian yang baik, dan sebagainya. Oleh itu, penelitian dengan lebih lanjut perlu dilakukan agar data yang lebih tepat diperoleh untuk memberikan gambaran sebenar tahap motivasi dalam kalangan murid-murid SJKC ini semasa mempelajari bahasa Melayu.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Keywords: Bahasa melayu; Motivasi intrinsik; Motivasi ekstrinsik; Pembelajaran bahasa kedua; SJKC
Depositing User: Ms. Nuraida Ibrahim
Date Deposited: 23 Sep 2025 03:46
Last Modified: 23 Sep 2025 03:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/120093
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item