UPM Institutional Repository

Efikasi kendiri sebagai mediator dalam hubungan antara sokongan sosial dengan kesediaan bekerja pelajar tahun akhir


Citation

Ariff, Aminah and How, Shwu Pyng (2024) Efikasi kendiri sebagai mediator dalam hubungan antara sokongan sosial dengan kesediaan bekerja pelajar tahun akhir. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9 (7). art. no. e002862. ISSN 2504-8562

Abstract

Kesediaan bekerja merupakan faktor mustahak kepada pelajar untuk menjadikan mereka cekap dan berkeyakinan diri. Ini adalah faktor penting yang membolehkan mereka ditempatkan dalam pasaran industri pekerjaan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui efikasi kendiri sebagai mediator dalam hubungan antara sokongan sosial dan kesediaan bekerja. Populasi kajian melibatkan pelajar daripada 6 buah Kolej Vokasional di Kelantan. Sampel kajian adalah pelajar tahun akhir Diploma Kolej Vokasional (DVM) iaitu seramai 248 orang. Sampel yang dipilih adalah berdasarkan persampelan rawak kelompok. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif manakala soal selidik menggunakan pautan Google Form yang dianalisis secara deskriptif, kolerasi dan regresi berganda dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil dapatan bagi kesemua pemboleh ubah berada di tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang positif sederhana di antara sokongan sosial dengan kesediaan bekerja. Jenis pengantaraan hasil dari analisa adalah mediator separa (partial mediation) kerana kesan langsung dan tidak langsung signifikan. Hasil kajian ini dapat membantu pihak kolej vokasional dapat mengorak langkah dalam membentuk program yang lebih berkesan yang berkaitan dengan aspek-kesediaan bekerja.


Download File

[img] Text
120062.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (308kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
DOI Number: https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i7.2862
Publisher: Secholian Publication
Keywords: Sokongan sosial; Kesediaan bekerja; Efekasi kendiri; Diploma vokasional malaysia; Pelajar tahun akhir
Depositing User: MS. HADIZAH NORDIN
Date Deposited: 02 Mar 2026 00:09
Last Modified: 02 Mar 2026 00:09
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.47405/mjssh.v9i7.2862
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/120062
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item