Citation
Abstract
Pelajar universiti merupakan pemimpin negara pada masa hadapan yang perlu sentiasa digilap dan dilatih untuk melahirkan pemimpin terbaik. Terbaik dalam erti kata mempunyai ciri-ciri kempimpinan serta sahsiah diri tinggi bagi mengemudi sesebuah agensi dan organisasi. Oleh itu, peranan para pentadbir dan pengetua kolej kediaman di universiti sangat penting dalam pembentukan ciri-ciri tersebut kepada para pelajar di bawah jagaan mereka. Ini kerana pelajar akan menghabiskan kebanyakan masa mereka di kolej kediaman selain daripada di bilik darjah. Aktiviti dan program yang memfokuskan kepada pembentukan ciri-ciri kepimpinan serta sahsiah perlu sentiasa diadakan untuk menggilap bakat para pelajar. Sudut perbahasan mungkin antara pendekatan yang boleh dihidupkan di kolej kediaman bagi pelajar menyuarakan komen mereka mengenai sebarang isu menggunakan saluran yang betul. Akan tetapi beberapa syarat perlu dipatuhi seperti dilarang menyentuh isu sensitif seperti raja, agama dan bangsa. Ini bertujuan untuk memupuk sahsiah yang baik terhadap bakal pemimpin pada masa hadapan. Di antara ciri pemimpin yang mempunyai sahsiah baik adalah menjaga sensitiviti setiap perkara dan tidak mengsensasikan isu yang boleh diselesaikan dengan baik. Dengan itu keharmonian bersama semua pihak dapat dijaga. Kajian rintis melalui temu ramah bersemuka bersama beberapa pemimpin pelajar di Kolej 12 di UPM bersetuju bahawa sudut perbahasan dapat dijadikan platform bagi pelajar menyuarakan pendapat mereka mengenai pelbagai isu. Sehubungan itu, lokasi strategik perlu dipilih bagi aktiviti tersebut. Kesemua mereka bersetuju melalui aktiviti dan program sebegini akan dapat membentuk kemahiran pengucapan awam dan mengasah ciri-ciri kepimpinan terhadap pelajar kolej di universiti.
Download File
|
Additional Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Divisions: | Faculty of Agriculture Faculty of Human Ecology Faculty of Medicine and Health Science Faculty of Modern Language and Communication Faculty of Science Faculty of Veterinary Medicine Faculty of Forestry and Environment Faculty of Humanities, Management and Science |
Publisher: | Penerbitan Korporat UMK |
Keywords: | Discussion corner; Leadership activities and programs; Residential college and leadership traits; University students; Future leaders; Personal character development; College administrators; College principals; Curriculum; Student talent development; Public speaking skills; Public opinion; Sensitive issues; National harmony; Student leaders |
Depositing User: | Mr. Mohamad Syahrul Nizam Md Ishak |
Date Deposited: | 24 Sep 2025 06:17 |
Last Modified: | 24 Sep 2025 06:17 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119963 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |