Citation
Osman, Syuhaily and Jamaluddin, Muhammad Rahmat
(2024)
Pengaruh persekitaran kafeteria ke atas tingkah laku pembelian pengguna di Lembah Klang.
Jurnal Pengguna Malaysia, 40 (1).
pp. 160-182.
ISSN 3030-5799; eISSN: 3030-5799
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh persekitaran kafeteria terhadap tingkah laku pembelian pengguna di Lembah Klang dengan memfokuskan kepada pengaruh muzik, warna, dan atmosfera. Analisis deskriptif dijalankan terhadap latar belakang responden yang mana data telah dikumpulkan dari 250 orang di kawasan Lembah Klang dengan menggunakan persampelan mudah. Kajian ini dijalankan bermula Oktober 2023 hingga Disember 2023. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat perhubungan yang positif antara kesemua pengaruh persekitaran kafeteria, iaitu muzik (r=0.498, p=0.000), warna (r=0.723, p=0.000), dan atmosfera (r=0.744, p=0.000) dengan tingkah laku pembelian pengguna. Manakala hasil analisis regresi berganda pula mendapati pengaruh warna adalah yang paling dominan dengan nilai β=0.512, p=0.000 dalam mempengaruhi tingkah laku pembelian pengguna di Lembah Klang. Berdasarkan hasil kajian ini, dapat disimpulkan bahawa persekitaran kafeteria mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku pembelian pengguna. Implikasi kajian pula menekankan bahawa langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, menyediakan variasi muzik dan warna yang lebih sesuai, dan memberikan perhatian kepada atmosfera kafeteria adalah penting dalam memberikan keselesaan dan meningkatkan kepuasan pengguna.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
 |
View Item |