UPM Institutional Repository

Kesan kemurahan hati dan sokongan sosial terhadap kebahagiaan individu berpendapatan tinggi (T20) di Kuala Lumpur, Malaysia


Citation

Kinainah, Mohd Nor Hafizuddin and Burhan, Nik Ahmad Sufian and Rosnon, Mohd Roslan (2024) Kesan kemurahan hati dan sokongan sosial terhadap kebahagiaan individu berpendapatan tinggi (T20) di Kuala Lumpur, Malaysia. e-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 21 (3). pp. 1-18. ISSN 1823-884X

Abstract

Teori Easterlin Paradox mencadangkan bahawa individu berpendapatan tinggi cenderung untuk tidak menjadi lebih bahagia apabila pendapatan mereka meningkat. Jika keadaan berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi, maka apakah faktor bukan material lain yang boleh membahagiakan mereka? Kajian ini mengadaptasi model kajian daripada Laporan Kebahagiaan Dunia (WHR) untuk meneliti kesan kemurahan hati dan sokongan sosial terhadap kebahagiaan 393 individu daripada isi rumah berpendapatan tinggi (T20) di Kuala Lumpur, Malaysia. Data dikumpul menggunakan teknik pensampelan mudah homogen dan dianalisis menggunakan teknik regresi berganda. Keputusan analisis regresi berganda (R2=57.6%) menunjukkan bahawa peningkatan pendapatan daripada T1 kepada T2 tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap kebahagiaan, namun kemurahan hati dan sokongan sosial mempunyai kesan positif yang signifikan dalam meningkatkan kebahagiaan individu T20. Walau bagaimanapun, kesan kemurahan hati (β=0.115; p<0.01) adalah lebih besar dan signifikan berbanding sokongan sosial (β=0.085; p<0.05) dalam meningkatkan kebahagiaan. Memandangkan peningkatan pendapatan tidak signifikan dalam meningkatkan kebahagiaan individu T20, kajian ini mencadangkan bahawa sebarang usaha untuk membangunkan strategi yang membina interaksi sosial yang utuh di kalangan ahli komuniti adalah penting. Ini bertujuan untuk memupuk individu masyarakat yang saling memberi sokongan sosial dan lebih bermurah hati kepada golongan yang memerlukan. Mekanisme ini dapat meningkatkan modal sosial dalam masyarakat dan seterusnya menyumbang kepada kebahagiaan.


Download File

[img] Text
119813.pdf - Published Version

Download (887kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Institute for Social Science Studies
Malaysian Research Institute on Ageing
DOI Number: https://doi.org/10.17576/ebangi.2024.2103.26
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Keywords: Happiness; High income households; Social support; Generosity; World happiness report (WHR)
Depositing User: MS. HADIZAH NORDIN
Date Deposited: 19 Sep 2025 08:02
Last Modified: 19 Sep 2025 08:02
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/ebangi.2024.2103.26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119813
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item