Citation
Atan, Ernawita and Ahmad, Azwa Athirah and Hamid, Norfazila Ab. and Mustaffa, Muhaidi
(2024)
Homonim antara dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu standard.
MAHAWANGSA, 11 (2).
pp. 113-120.
ISSN 2805-5691
Abstract
Kajian ini membincangkan homonim antara Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard. Homonim ialah kata-kata yang sama ejaan dan sebutan tetapi mempunyai makna yang berbeza. Objektif kajian ini, untuk mengenal pasti homonim antara dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard dan menganalisis perbandingan homonim antara Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Standard. Data dikumpul melalui kajian lapangan, iaitu temu bual dengan pelajar Universiti Putra Malaysia yang merupakan pelajar yang berasal dari negeri Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Analisis mendapati bahawa terdapat banyak homonim yang boleh menyebabkan kekeliruan dalam komunikasi antara penutur Dialek Melayu Sarawak dengan penutur Bahasa Melayu Standard. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang mengenai homonim antara dialek dengan bahasa standard serta mempertingkatkan kejelasan dalam komunikasi bagi pelajar Universiti Putra Malaysia.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
 |
View Item |