UPM Institutional Repository

Pengaruh sikap dan pengetahuan terhadap pembelian produk dalam talian: pengalaman pengguna pernah ditipu


Citation

Osman, Syuhaily and Md Jusoh, Zuroni and Zalmann, Nuraida Mirza (2024) Pengaruh sikap dan pengetahuan terhadap pembelian produk dalam talian: pengalaman pengguna pernah ditipu. Jurnal Pengguna Malaysia, 40 (1). pp. 46-69. ISSN 3030-5799

Abstract

Kajian yang berbentuk empirikal ini bertujuan untuk menentukan pengaruh sikap dan pengetahuan terhadap tingkahlaku pengguna yang pernah mempunyai pengalaman ditipu dalam konteks pembelian dalam talian. Seramai 400 orang pengguna B40 terlibat di mana pemilihan sampel dibuat secara persampelan mudah mewakili pengguna B40 di Johor. Dari segi pengalaman ditipu, terdapat tiga pengalaman yang mempunyai peratusan tertinggi iaitu barangan tidak seperti yang diiklankan (58.5%), kualiti barangan sangat teruk (37.3%) dan barangan rosak (29.8%). Satu perempat (25.0%) responden melaporkan bahawa jumlah kerugian yang mereka alami adalah kurang dari RM100, namun masih terdapat sebahagian kecil (3.8%) yang mengalami kerugian melebihi RM500. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa kedua dua faktor pengetahuan (r=0.633; p<0.001) dan sikap (r=0.680; p<0.001) mempunyai pengaruh yang signifikan manakala analisis regresi berganda pula mendapati bahawa sikap menunjukkan pengaruh yang paling dominan (β=0.464; p<0.001) terhadap tingkahlaku pembelian dalam talian. Namun begitu, langkah perlu diambil untuk meningkatkan pengetahuan di mana faktor ini dilihat mampu membentuk sikap yang lebih wajar agar pengguna mampu mengamalkan tingkahlaku pembelian dalam talian secara lebih bijak.


Download File

[img] Text
119623.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (3MB)
Official URL or Download Paper: https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/276

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: MACFEA
Keywords: Attitude; Knowledge; Online purchasing behaviour; Experience being cheated online; B40 consumers
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 29 Aug 2025 14:34
Last Modified: 29 Aug 2025 14:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119623
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item