UPM Institutional Repository

Pengaplikasian strategi bertutur pendebat amatur bahasa Arab


Citation

Toklubok @ Hajimaming, Pabiyah and Mohamed, Ahmad Syahmi and Husain, Salina and Mohd Kiram, Norazlina and Mustapha, Nik Farhan (2024) Pengaplikasian strategi bertutur pendebat amatur bahasa Arab. Jurnal Linguistik, 28 (2). pp. 48-61. ISSN 1823-9242

Abstract

Debat merupakan aktiviti yang menuntut para pendebat menggunakan strategi bertutur secara efektif semasa berdebat. Hal ini bertujuan untuk menyampaikan hujah dengan seimbang dan berinformasi, sekaligus mampu menarik perhatian juri bagi mengatasi pihak lawan. Aktiviti debat ini melibatkan beberapa proses yang bermula sebelum pendebat beraksi di atas pentas sehingga perlawanan berakhir. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan strategi bertutur dalam kalangan pendebat amatur bahasa Arab dalam pertandingan debat peringkat universiti. Kajian ini merupakan kajian kualitataif yang menggunakan kaedah temu bual dan rakaman. Responden yang dipilih merupakan pasukan yang telah menjuarai debat pada peringkat Institut Pengajian Tinggi di Malaysia, manakala data diperoleh daripada rakaman video pertandingan akhir debat dan juga temu bual bersama responden. Data kajian dianalisis dengan menggunakan teori Strategi Komunikasi. Hasil kajian mendapati bahawa para pendebat mengaplikasi strategi terjemahan, penukaran bahasa, dan pengulangan sebelum perdebatan bermula sebagai persediaan awal. Semasa berhujah, mereka kerap mengaplikasi strategi huraian berjela, kata ciptaan, mimik muka dan gerakan anggota badan, serta strategi pengulangan. Semasa proses menjawab celahan, mereka cenderung untuk menggunakan strategi pengelakan topik, pengabaian mesej, penganggaran dan rayuan kerjasama. Dapatan kajian ini mampu menyumbang ke arah pembentukan aktiviti latihan debat yang lebih sistematik. Dalam hal ini, proses untuk melatih pendebat terhadap penggunaan strategi bertutur dalam perlawanan debat perlu diberikan tumpuan.


Download File

[img] Text
119621.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (404kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Debate; Arabic debate; Speaking strategies; Communication strategy
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 11 Sep 2025 03:23
Last Modified: 11 Sep 2025 03:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119621
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item