UPM Institutional Repository

Analisis pengkategorian spesis haiwan menerusi kitab Kifāyah al-Muhtadī karya Syeikh Muhammad Nur al-Faṭānī: perspektif halal dan zoologi


Citation

Md Tamrin, Nur Aida and Mohd Salleh, Mohd Mahyeddin and Mamat, Mohd Anuar and Ab. Halim, Mustafa ‘afifi and Jaffar, Mohammad Najib (2024) Analisis pengkategorian spesis haiwan menerusi kitab Kifāyah al-Muhtadī karya Syeikh Muhammad Nur al-Faṭānī: perspektif halal dan zoologi. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (2). pp. 110-124. ISSN 2289-1706; eISSN: 2289-4268

Abstract

Karya Melayu klasik yang dikarang oleh para ilmuwan Islam terdahulu merupakan khazanah bernilai yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu seperti tauhid, ibadat, muamalat, jinayat dan munakahat. Kitab Kifayah al-Muhtadi yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Nur al-Fathani menjadi antara sumber rujukan para ilmuwan kontemporari dalam mengetahui hukum makanan, termasuklah status haiwan yang halal dan haram. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa istilah yang kurang jelas maksudnya disebabkan oleh penggunaan istilah klasik, serta sesetengahnya jarang didengari oleh masyarakat kini. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaedah pengkategorian haiwan halal dan haram yang terdapat di dalam kitab Kifayah al-Muhtadi, menganalisis istilah-istilah haiwan yang terdapat dalam karya tersebut dan menterjemahkannya ke dalam istilah moden yang bertepatan dengan ilmu sains haiwan dan zoologi. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah dokumentasi dan dianalisis secara tekstual/kandungan terhadap setiap spesies haiwan yang telah dinyatakan dalam karya tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 66 spesies haiwan halal dan haram yang dinyatakan di dalam kitab tersebut, merangkumi empat kategori haiwan seperti: 1) binatang laut, 2) binatang darat 3) burung, dan 4) lain-lain kategori. Antara ruang penambah baikan yang perlu dilakukan adalah mencari definisi atau istilah yang lebih tepat bagi setiap spesis haiwan yang dinyatakan.


Download File

[img] Text
119217.pdf - Published Version

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Agriculture
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Kifāyah al-muhtadī; Haiwan; Istilah; Halal dan haram
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 11 Aug 2025 01:11
Last Modified: 11 Aug 2025 01:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119217
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item