UPM Institutional Repository

Bacaan pola suku kata murid disleksia dalam Bahasa Melayu


Citation

Subramaniam, Vijayaletchumy and Abdan Nasir, Nadia Shuhada (2024) Bacaan pola suku kata murid disleksia dalam Bahasa Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (2). pp. 50-62. ISSN 2289-1706; eISSN: 2289-4268

Abstract

Sesetengah kanak-kanak mendapati bahawa aktiviti membaca tidak semudah seperti kanak-kanak lain. Masih terdapat kanak-kanak berusia lebih 5 tahun masih tidak mampu membaca dan mengeja perkataan dengan suku kata mudah. Mereka mungkin mengalami ketidakupayaan atau gangguan pembelajaran khusus yang dikenali sebagai disleksia. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesalahan bacaan suku kata murid disleksia terhadap perkataan bahasa Melayu. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid disleksia daripada pusat disleksia D’Genius Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur yang mempunyai tahap sederhana bacaan bahasa Melayu. Data kajian dikutip menggunakan kaedah ujian bacaan, soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Alat kajian pula ialah pita rakaman, nota lapangan, borang soal selidik dan teks bacaan. Teks bacaan digunakan dalam ujian bacaan untuk mengenal pasti kesalahan bacaan. Perkataan yang tersenarai dalam teks bacaan dipilih mengikut kesesuaian tahap pembelajaran subjek kajian dan perkataan tersebut mempunyai 24 pola suku kata yang dirujuk daripada Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu bagi Program Pemulihan Khas oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Hasil analisis daripada ujian bacaan mendapati bahawa subjek kajian mengalami kesukaran paling tinggi untuk mengeja perkataan yang mempunyai suku kata KVKK yang mengandungi konsonan bergabung /-ng/, diftong, vokal berganding dan digraf. Setiap kesilapan bacaan tersebut kemudian dianalisis kesalahannya berdasarkan Teori Sindrom Disleksia oleh Levinson (1994). Hasil analisis mendapati bahawa subjek kajian menepati ciri-ciri kesalahan bacaan Levinson (1994), iaitu kesalahan dari segi pengguguran, pemindahan, penyisipan, penggantian, pembalikan dan agakan/suka-suka kecuali pemeluwapan. Dalam pada itu, kajian ini juga mendapati dua kesalahan lain di luar lingkungan Teori Levinson (1994), iaitu kesalahan bacaan jenis pembahagian dan penyebutan.


Download File

[img] Text
119210.pdf - Published Version

Download (418kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.17576/jatma-2024-1202-05
Publisher: UKM Press
Keywords: Disleksia; Masalah bacaan; Suku kata; Teks bacaan; Teori levinson
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 11 Aug 2025 00:42
Last Modified: 11 Aug 2025 00:42
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/jatma-2024-1202-05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/119210
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item