UPM Institutional Repository

Career Expo UPM 2011 tarik 3,000 pengunjung


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Career Expo UPM 2011 tarik 3,000 pengunjung. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 15 APRIL – Program Career Expo UPM (UPMCE 2011) anjuran Pusat Penempatan Kerjaya Universiti Putra Malaysia (CPC-UPM) berjaya menarik kira-kira 3,000 graduan dan bakal graduan UPM dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) lain. Program selama dua hari bermula 14 hingga 15 April yang diadakan di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) itu menyediakan 300 peluang pekerjaan daripada 76 syarikat yang menyertai ekspo itu. Pengarah CPC-UPM, Dr. Che An Abdul Ghani berkata ekspo yang meliputi pameran kerjaya, ceramah kerjaya dan juga temuduga terbuka telah memberi impak yang cukup besar kepada graduan dan bakal graduan IPTA/IPTS dalam usaha membantu mereka mendapatkan maklumat lengkap berhubung dengan perkembangan kerjaya. Selain itu menurutnya, ekspo itu juga membuka ruang perbincangan dan perkongsiaan maklumat kepada pengunjung sasaran berkaitan kerjaya daripada syarikat yang terlibat. “Dalam usaha menangani isu nasional berkaitan kebolehpasaran kerja, UPMCE 2011 mengintegrasikan kerjasama antara agensi kerajaan dengan pelbagai sektor industri melaksanakan program bersepadu melibatkan graduan dan bakal graduan,” katanya. Peluang mencari pekerjaan tidak dilepaskan oleh seorang bakal graduan UPM, Nurshafiqah Abdu Ghani, 22, yang berpendapat ekspo kerjaya itu memberi ruang kepadanya mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan dalam bidang yang diceburi. “Saya dapat berinteraksi dengan pihak syarikat untuk mengetahui kriteria yang diingini oleh majikan terhadap bakal pekerja yang mereka cari,” katanya yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Kimia Petroleum, Fakulti Sains, Jabatan Kimia, UPM. Seorang lagi bakal graduan dalam bidang Komunikasi Penyiaran, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPM, Natasya Eryana Mohd. Nasir, 24, berkata, bakal graduan tidak seharusnya melepaskan peluang itu kerana ia dapat meluaskan jaringan antara pihak industri dengan graduan. Sementara itu, Pengarah Urusan Value Hospitality Malaysia, Dennis Tan turut berkongsi pandangan mengenai kriteria yang diperlukan oleh majikan dalam memilih bakal pekerja mereka. Beliau berkata, antara kriteria utama yang sangat dititikberatkan oleh majikan terhadap bakal pekerja mereka ialah kemahiran berkomunikasi terutamanya dalam bahasa Inggeris. “Bidang kokurikulum juga sangat penting. Ini kerana melalui pengelibatan dalam kokurikulum kita dapat mengetahui sejauh mana tahap kepimpinan dan kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah,” katanya.


Download File

[img]
Preview
PDF
Career_Expo_UPM_2011_tarik_3,000_pengunjung.pdf

Download (132kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Anas Yahaya
Date Deposited: 19 Apr 2011 09:06
Last Modified: 27 May 2013 07:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11908
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item