UPM Institutional Repository

Pengumpulan data di kalangan komuniti Orang Asli: menelusuri denai mayapada


Citation

Abd Rahim, Nur Aira and Borhan, Hafizzhal Bukhary (2024) Pengumpulan data di kalangan komuniti Orang Asli: menelusuri denai mayapada. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 14 (12). pp. 2917-2929. ISSN 2222-6990

Abstract

Proses pengumpulan data dalam kajian kualitatif adalah salah satu sub topik penting sesebuah kajian kerana ia mempunyai bentuk data yang berbeza dengan metodologi kajian lain. Kekonsistenan dalam proses pengumpulan data yang dijalankan secara sistematik adalah penting kerana kajian kualitatif lebih banyak menerangkan langkah, proses dan asbab sesuatu peristiwa itu berlaku. Penulisan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tentang pengalaman dan kepentingan proses pengumpulan data dalam kajian kualitatif, khususnya dalam konteks komuniti Orang Asli. Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui proses temubual dan pemerhatian serta nota lapangan merupakan tunjang utama dalam kajian kualitatif. Pengkaji sebagai instrumen utama pengumpulan data perlu berada di dalam situasi yang dikaji serta mendengar dan melakukan pemerhatian ke atas fenomena kajian mengikut kerangka objektif kajian. Persediaan dan perancangan rapi amat penting dalam proses pengumpulan data di mana ia akan dapat membantu pengkaji untuk memastikan kelancaran revolusi penyelidikan ketika di lapangan. Di dalam pengumpulan data untuk komuniti Orang Asli, ia perlu dilihat dari beberapa sudut yang memerlukan perancangan yang rapi kerana proses ini akan memerlukan penggunaan masa semaksimum mungkin seiring dengan rekabentuk kajian yang sesuai dengan keunikan komuniti Orang Asli sebagai satu masyarakat eksklusif. Strategi yang sistematik ini juga penting apabila ia melibatkan Orang Asli sebagai satu komuniti yang berpegang teguh kepada adat dan budaya dengan pola penempatan yang jauh dari arus perdana pembangunan dalam era ledakan maklumat melalui teknologi terutama dalam bidang pendidikan.


Download File

[img] Text
118669.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (571kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
DOI Number: https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v14-i12/24252
Publisher: Human Resource Management Academic Research Society
Keywords: Technology; Indigenous education; Learning motivation; Experience
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 21 Jul 2025 08:28
Last Modified: 21 Jul 2025 08:28
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.6007/IJARBSS/v14-i12/24252
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118669
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item