UPM Institutional Repository

Pengantarabangsaan peribahasa melayu melalui pertandingan pidato antarabangsa bahasa melayu (PABM)


Citation

Mohd Kiram, Norazlina and Aminuddin, Zarien Nurlieyana (2024) Pengantarabangsaan peribahasa melayu melalui pertandingan pidato antarabangsa bahasa melayu (PABM). Jurnal Pertanika MAHAWANGSA, 11 (2). pp. 97-112. ISSN 2805-5691

Abstract

Peribahasa merupakan susunan kata yang mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Masyarakat Melayu tradisional menggunakan peribahasa untuk menasihati, menegur dan mendidik anggota masyarakatnya, dengan tidak tanpa menyinggung perasaan atau menjatuhkan air muka pendengar. Walau Bagaimanapun, masih ada dalam kalangan masyarakat yang memandang rendah terhadap nilai peribahasa Melayu dan meminggirkannya dalam percakapan seharian. Tujuan kajian ini, adalah untuk menerangkan fungsi peribahasa Melayu dalam teks pidato peserta pertandingan akhir PABM, dan perkaitannya dengan bahasa, adat dan budaya Nusantara. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan teks. Data diambil daripada transkripsi rakaman video pertandingan akhir PABM 2023. Terdapat sembilan peserta akhir merangkumi tiga kategori, iaitu Alam Melayu (3), Antarabangsa (3) dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia (3). Peserta terdiri dari negara Malaysia, Brunei, China, Pakistan, Bangladesh, Timor-Leste dan Uzbekistan. Data peribahasa dianalisis dengan menggunakan gagasan pemikiran Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) melalui buku Ilmu Mengarang Melayu (1965). Hasil kajian menunjukkan bahawa teks pidato mengandungi 20 peribahasa Melayu, iaitu jenis perumpamaan (11), bidalan (6), perbilangan (1), dan pepatah (2). Secara keseluruhannya, kajian ini dapat mengantarabangsakan peribahasa Melayu, sekali gus mengangkat sastera dan budaya Nusantara ke persada dunia. Melalui cara ini, kearifan tempatan dan akal budi Melayu dapat diwarisi secara turun-temurun merentas masa dan zaman.


Download File

[img] Text
118339.pdf - Published Version

Download (358kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Inventori segmental; Fonem; Dialek Negeri Sembilan; Nasal
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 08 Jul 2025 01:03
Last Modified: 08 Jul 2025 01:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118339
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item