UPM Institutional Repository

Corak pengambilan dan perbelanjaan makanan serta penerimaan menu rahmah dalam kalangan pelajar ipta di Lembah Klang


Citation

Zainal Badari, Shamsul Azahari and Jamli, Nurul Haziqah (2024) Corak pengambilan dan perbelanjaan makanan serta penerimaan menu rahmah dalam kalangan pelajar ipta di Lembah Klang. Jurnal Pengguna Malaysia, 40 (2). pp. 141-165. ISSN 1151-998X; eISSN: 3030-5799

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji corak pengambilan dan perbelanjaan makanan serta hubungannya dengan penerimaan Menu Rahmah dalam kalangan pelajar IPTA di Lembah Klang. Seramai 200 orang responden telah dipilih secara persampelan rawak mudah bagi menjawab borang soal selidik melalui aplikasi ‘Google Form’. Hasil kajian mendapati 63% responden adalah perempuan dan berbangsa Melayu (72.5%). Corak pengambilan makanan menunjukkan pengambilan yang tinggi terhadap kumpulan makanan bijirin bagi pengambilan responden untuk setiap hari (38.5%) dan 5-6 hari/minggu (33.0%). Corak perbelanjaan makanan pula menunjukkan kumpulan makanan bijirin dan ayam merupakan perbelanjaan mingguan tertinggi responden, di mana purata masing-masing adalah sebanyak RM44.65 dan RM26.72. Tahap penerimaan responden terhadap Menu Rahmah adalah sederhana (60%). Ujian korelasi Pearson mendapati corak pengambilan makanan responden mempunyai perkaitan yang sangat signifikan dengan tahap penerimaan Menu Rahmah (r=0.241, p=0.001). Corak perbelanjaan makanan juga mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tahap penerimaan Menu Rahmah (r=0.194, p=0.006). Kesimpulannya, walaupun tahap penerimaan Menu Rahmah dalam kalangan pelajar IPTA terpilih adalah sederhana, tetapi tahap penerimaan ini dipengaruhi oleh corak pengambilan dan perbelanjaan makanan.


Download File

[img] Text
118277.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (3MB)
Official URL or Download Paper: https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/270

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Malaysian Consumer and Family Economics Association
Keywords: Rahmah menu; Food intake pattern; Food spending pattern; Acceptance level; IPTA students
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 03 Jul 2025 03:12
Last Modified: 03 Jul 2025 03:12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118277
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item